Kadar Gaji Pekerja Wanita Di Malaysia Rendah Berbanding Pekerja Lelaki

Pada masa kini, dapat dilihat kebanyakan golongan wanita turut keluar bekerja bagi menjana sumber pendapatan.

Ia amat berbeza jika dibandingkan dengan masa lalu apabila majoriti wanita lebih memilih untuk menjadi suri rumah.

Malah, penglibatan wanita dalam sektor pendidikan atau ekonomi turut menunjukkan peningkatan jika dibandingkan beberapa puluh tahun yang lalu.

Wanita Dibayar Dengan Kadar Gaji Rendah Berbanding Lelaki

Pun begitu, siapa menyangka data perangkaan menunjukkan kadar gaji yang diterima wanita di Malaysia masih lagi rendah berbanding lelaki.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berdasarkan Laporan Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan pekerja wanita menerima RM66.67 berbanding RM100 gaji yang diterima oleh pekerja lelaki.

Malah, jumlah anggaran pendapatan yang diterima oleh kaum hawa juga dilaporkan rendah iaitu sebanyak RM42,080 per tahun manakala lelaki adalah RM63,117 per tahun.

Bilangan Wanita Dalam Tenaga Buruh & Sektor Profesional Juga Rendah

Laporan itu turut menunjukkan penyertaan kaum wanita dalam tenaga buruh masih lagi rendah berbanding lelaki iaitu sebanyak 55.8% berbanding 81.9%.

Manakala, peratusan wanita sebagai pekerja profesional dan teknikal juga rendah di mana hanya 40.7% berbanding 59.3% direkodkan bagi kaum Adam.

Penglibatan Wanita Dalam Sektor Pendidikan Lebih Tinggi

Walau bagaimanapun, penglibatan wanita bagi sub indeks pencapaian pendidikan dilihat lebih tinggi jika dibandingkan dengan golongan lelaki.

“Namun, bagi sub-indeks Pencapaian Pendidikan, wanita telah melebihi lelaki dengan skor 1.067, kadar enrolmen di peringkat rendah dan menengah bagi perempuan secara konsisten adalah lebih tinggi berbanding lelaki.

“Pada 2022, kadar enrolmen kasar bagi perempuan di peringkat rendah dan menengah masing-masing ialah 98.8% serta 94.9%.

“Di peringkat tertiari, wanita merekodkan 49.5% mengatasi lelaki (33.2%), pencapaian ini menunjukkan komitmen negara dalam menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: Jabatan Perangkaan Malaysia

Tambahnya lagi, menerusi sub-indeks Kesihatan dan Kehidupan, purata jangka hayat wanita yang lahir di negara ini dianggarkan kira-kira 76.4 tahun lebih lama jika dibandingkan dengan 65.6 tahun pada tahun 1970.

Manakala, bagi sub-indeks Penguasaan Politik, hanya 10.2% menunjukkan terdapat potensi peningkatan perwakilan golongan wanita dalam bidang politik.

“Dianggarkan 15.7 juta penduduk Malaysia adalah perempuan daripada keseluruhan 32.7 juta penduduk pada 2022.

“Purata gaji dan upah bulanan bagi pekerja perempuan terus meningkat kepada RM3,140 pada 2022 (RM2,968 pada 2021).

Foto: Jabatan Perangkaan Malaysia

“Malaysia sentiasa berdedikasi untuk capai kesaksamaan gender dan mempromosikan hak wanita serta kanak-kanak perempuan, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” jelas beliau lagi.

Secara keseluruhannya, Indeks MGGI turut menunjukkan tahap kesaksamaan gender bertambah baik apabila skor kesaksamaan bagi tahun 2022 adalah sebanyak 69.4% iaitu meningkat 0.02% berbanding 69.2% pada tahun 2021.

KENYATAAN MEDIA DOSM: STATISTIK PEMERKASAAN WANITA DALAM DOMAIN TERPILIH, MALAYSIA, 2023 DOSM MEDIA…

Posted by Department of Statistics, Malaysia on Tuesday, 12 December 2023

Tahap kesaksamaan gender secara keseluruhannya bertambah baik dengan merekodkan skor kesaksamaan 69.4% pada 2022. #StatsMalaysia #ARC2023 #BP2024 #myagricensus #StatistikNadiKehidupan #StatistikSegalanyaPasti

Posted by Department of Statistics, Malaysia on Tuesday, 12 December 2023

Baca Artikel Berkaitan: Sepanyol Tawar Cuti 3 Hari Buat Pekerja Wanita Yang Alami Masalah Ketika Datang Haid

Baca Artikel Berkaitan: Majikan Tidak Boleh Bayar Gaji Secara Tunai Kecuali Jika Ada Kelulusan – Sivakumar

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago