fbpx
Now Reading
2 Rakyat Malaysia Mengaku Bersalah Bersubahat Dalam Insiden Bom Di Bali Pada 2002

2 Rakyat Malaysia Mengaku Bersalah Bersubahat Dalam Insiden Bom Di Bali Pada 2002

Difahamkan, hukuman kepada kedua-dua mereka bagi kesalahan bersubahat dalam insiden pengeboman di Bali pada 2002 yang lalu akan dijatuhkan pada minggu hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (16 Januari), dua rakyat Malaysia mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali pada tahun 2002, selepas ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 2006.

Menurut Berita Harian yang memetik The New York Times, Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep yang masing-masing berusia 48 dan 47 tahun itu didakwa pada 2021 iaitu 18 tahun selepas mereka ditahan di Thailand.

Hukuman akan dijatuhkan pada minggu hadapan

Selepas bertahun-tahun ditahan dalam rangkaian penjara luar negara rahsia Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), hukuman bagi kesalahan tersebut akan dijatuhkan terhadap mereka berdua pada minggu hadapan.

Pada tahun 2006, kedua-duanya dipindahkan ke Teluk Guantanamo untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah khas keselamatan negara yang ditubuhkan bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush selepas tragedi 11 September yang menggemparkan dunia.

Hambali yang berasal dari Indonesia juga didakwa

Selain Mohammed Farik dan Mohammed Nazir, turut didakwa ialah Encep Nurjaman yang juga dikenali sebagai Hambali dari Indonesia.

Hambali menghadapi pertuduhan membunuh, melakukan keganasan dan konspirasi dalam insiden pada tahun 2002 dan 2003. Dia boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan bersalah.

2 rakyat Malaysa setuju didakwa jadi ‘aksesori’ serangan tersebut

Sekitar Oktober 2023, New York Times melaporkan Mohammed Farik dan Mohammed Nazir telah mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo untuk tuduhan menjadi ‘aksesori’ kepada serangan pengganas di Bali.

Susulan itu, kes Mohammed Farik dan Mohammed Nazir telah diasingkan daripada kes Hambali selain mereka juga bersetuju untuk memberi keterangan terhadap Hambali, bekas pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah itu.

Terdahulu pada 2018, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir telah didakwa dengan sembilan kesalahan yang dikaitkan dengan pengeboman kelab malam di Bali pada 2002 dan pengeboman sebuah hotel pada 2003.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.