fbpx
Now Reading
Gaduh Sebab Kawasan Sungai, Dua Pemancing Akhirnya Berdamai [Video]

Gaduh Sebab Kawasan Sungai, Dua Pemancing Akhirnya Berdamai [Video]

Ketua Polis Daerah Segamat turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat berhubung isu antara dua pemancing terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertengkaran antara dua pemancing lelaki di sebuah kawasan sungai dalam satu video yang tular pada baru-baru ini akhirnya diselesaikan dengan baik.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu (22 Januari) di Sungai Lubok Kepong, Segamat, Johor akibat perselisihan faham.

Kedua-dua individu buat laporan polis bertujuan untuk selesaikan isu berkenaan

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, pihaknya telah menerima dua laporan polis daripada individu berkaitan dengan tujuan ingin menyelesaikan perkara terbabit.

“Polis telah mengesan dan mengambil maklum penyebaran kenyataan dan perkongsian video di media sosial berkaitan perselisihan faham dua pemancing di Sungai Lubok Kepong, Segamat pada 22 Januari lalu.

“Perselisihan faham yang berlaku hanya melibatkan dua individu sahaja dan satu perjumpaan melibatkan mereka bersama Polis Daerah Segamat, Jabatan Perikatan Daerah Segamat, ketua kampung turut dibuat sejurus laporan polis diterima.

“Alhamdulillah, ia dapat menjernihkan isu secara kerjasama yang baik,” katanya dalam satu kenyataan media semalam (23 Januari).

Orang ramai dinasihati tidak sebar atau keluarkan kenyataan tidak tepat

Menurutnya, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat berhubung isu terbabit.

“Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis, jadi perkara sudah selesai. Kita harap perkara ini tak perlu dipanjang-panjangkan lagi,” ujar beliau.

Dalam masa sama, turut tular video kedua-dua individu berkenaan duduk semeja dipercayai di Balai Polis Daerah Segamat dalam keadaan sudah berdamai.

Tular di media sosial dua kaki pancing bertengkar kerana kawasan sungai

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang memaparkan pergaduhan di antara dua pemancing di sebuah kawasan sungai.

Berdasarkan video tersebut, pergaduhan itu berlaku selepas salah seorang individu mendakwa bahawa sungai berkenaan merupakan kawasannya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.