fbpx

Majikan Di N9 Perlu Sedia Penginapan Berpusat Untuk Pekerja Asing Sebelum Hujung 2024

Menurut Exco Negeri Sembilan, J Arul Kumar, majikan juga perlu mewujudkan CLQ dengan mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh PBT dan JTK.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Para majikan di Negeri Sembilan diberikan masa sehingga akhir tahun 2024 oleh kerajaan negeri untuk menyediakan kuarters pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja asing dan memindahkan mereka ke penempatan yang diwujudkan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, perkara itu adalah sebahagian daripada langkah pemutihan dilaksanakan membabitkan kediaman di kawasan perumahan yang dijadikan sebagai kediaman pekerja asing.

Kerajaan negeri tak benarkan pekerja asing tinggal di kawasan berstatus kediaman

Arul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai itu berkata, keputusan terbabit diambil selaras dengan pendirian kerajaan negeri untuk tidak membenarkan pekerja warga asing tinggal di mana-mana kawasan berstatus kediaman.

“Kita berikan tempoh sehingga hujung tahun ini untuk setiap majikan menyediakan CLQ dan kemudian memindahkan pekerja berkenaan ke CLQ yang diwujudkan itu.

“Melalui (tindakan pemutihan ini) Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan mengeluarkan perakuan bagi membolehkan pekerja asing terus menginap di kediaman sedia ada buat sementara sehingga hujung tahun ini,” katanya dipetik Berita Harian hari ini (29 Januari).

Foto: Facebook/J Arul Kumar

Majikan perlu patuh semua syarat untuk wujudkan CLQ untuk jamin hak pekerja

Menurutnya lagi, majikan juga perlu mewujudkan CLQ dengan mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JTK.

“CLQ ini mestilah suatu kawasan yang berpagar dan dapat dikawal serta mempunyai semua kemudahan asas kepada pekerja warga asing.

“Ini akan menjamin hak setiap pekerja warga asing terbabit mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan selamat,” katanya lagi.

Foto: Facebook/J Arul Kumar

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.