fbpx
Now Reading
Lembaga Pengampunan Perlu Perjelas Kenapa Kurangkan Hukuman Najib – KJ

Lembaga Pengampunan Perlu Perjelas Kenapa Kurangkan Hukuman Najib – KJ

Selain Khairy Jamaluddin, Presiden Muda Amira Aisya turut berpendapat rakyat Malaysia layak mendapatkan penjelasan mengenai keputusan itu yang disifatkannya sebagai ‘memalukan’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan didesak untuk memberi penjelasan berhubung keputusannya mengurangkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari 12 tahun menjadi enam tahun sahaja.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, meskipun Lembaga Pengampunan tidak wajib untuk menjelaskan tentang keputusan itu, namun ia wajar dilakukan demi kepentingan awam.

“Saya fikir ini adalah berkepentingan awam tinggi. Ia melibatkan seseorang yang pernah menjadi perdana menteri dan masih mempunyai pengikut yang besar, dan melibatkan jenayah yang dianggap rakyat Malaysia sesuatu yang serius.

“Walaupun keputusan telah dibuat, dan kami menghormatinya kerana dilakukan mengikut undang-undang, saya rasa penting jika wakil lembaga menerangkan apakah alasan pengurangan ini,” katanya dipetik FMT.

Harap ahli Lembaga Pengampunan ambil tanggungjawab beri penjelasan

Sementara itu, Setiausaha Agung Muda, Amir Hadi menerusi satu ciapan di akaun X miliknya menzahirkan harapan agar ahli-ahli Lembaga Pengampunan mengambil tanggungjawab untuk menjelaskan tentang perkara tersebut dan tidak melepaskan beban kepada bekas Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Lembaga Pengampunan perlu nyatakan, apa hujah yang dibawa dalam nasihat yang diberikan bagi mengurangkan hukuman ke atas Najib. Harap jangan lah ada yang menunding jari kepada YDPA dan lepas tangan,” ciapnya.

Rakyat Malaysia layak tahu kenapa hukuman Najib dikurangkan

Tidak hanya itu, Presiden Muda Amira Aisya turut berpendapat rakyat Malaysia layak mendapatkan penjelasan mengenai keputusan itu yang disifatkannya sebagai ‘memalukan’.

Malah, dua peguam sebelum ini turut mendesak Lembaga Pengampunan memberi penjelasan mengenai hal terbabit, lapor FMT.

Lembaga Pengampunan perlu beri alasan yang kukuh dan telus

Peguam Perlembagaan, Bastian Pius Vendargon berkata, adalah penting bagi lembaga berkenaan memberi ‘alasan yang kukuh dan telus’ mengenai keputusan yang dibuatnya, kerana ia merupakan kes yang diketahui meluas.

Dalam pada itu, peguam Charles Hector pula berkata keputusan mengurangkan hukuman Najib seharusnya dibuat secara umum dan disertakan dengan penjelasan ringkas selain ia sepatutnya dipaparkan di laman sesawang Lembaga Pengampunan.

Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam satu kenyataan media bertarikh 2 Februari berkata, Najib diberikan pengurangan 50% bagi hukuman penjara dan denda yang dihadapinya.

Baca Artikel Berkaitan: Hukuman Penjara Najib Dikurangkan Kepada 6 Tahun, Bebas Pada Ogos 2028 – Lembaga Pengampunan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.