fbpx
Now Reading
“Saya Bertaubat” – Ini Respon Tony Pua Selepas Pemuda UMNO Buat Laporan Isu Sindir Lembaga Pengampunan

“Saya Bertaubat” – Ini Respon Tony Pua Selepas Pemuda UMNO Buat Laporan Isu Sindir Lembaga Pengampunan

Menurutnya, Pua berharap dengan catatan yang ‘penuh penyesalan’ itu, beliau akan menerima pengampunan dari ahli Pemuda UMNO dan terhindari dari perjalanan ke Bukit Aman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai berita pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya telah melakukan sindiran terhadap keputusan pengurangan hukuman Najib itu.

Susulan itu, segelintir pihak mendesak agar Pua melakukan permohonan maaf dan memadam hantaran tersebut selepas ia disifatkan sebagai sesuatu tindakan yang biadap kerana didakwa memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan.

Tony Pua mahu ‘bertaubat’

Terbaharu, Pua menerusi satu lagi hantaran di laman Facebook telah tampil membuat permohonan ‘maaf’ yang kelihatan dilakukan secara sarkastik

Menurutnya, kenyataan itu dimuat naik selepas Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi amaran dan ingin melaporkan tentang perkara itu kepada pihak polis.

“Oh Ketua Pemuda UMNO mahu laporan polis terhadap Pua yang ‘Kurang Ajar’. (Kemaskini: dan sekarang MB Pahang juga!). Saya fikir hari-hari saya dilaporkan kepada polis sudah berakhir dan isteri saya marah, jadi lebih baik saya ‘bertaubat’.

“Najib yang dihormati, saya sangat gembira mendengar hukuman anda yang layak dikurangkan 50% sehingga 2028, dan potongan denda 74% dari RM210 juta.

“Saya juga gembira mendengar bahawa untuk penahan tambahan setahun atas keredahaan baginda, anda akan terus dapat menjimatkan RM50 juta,” katanya.

Pua yakin najib akan gunakan duit untuk bantu anak yatim dan fakir miskin

Menurutnya lagi, beliau yakin bahawa Najib akan menggunakan semua simpanan yang diperolehi untuk membantu anak yatim dan fakir miskin seperti yang dilakukan oleh bekas perdana menteri itu sebelum ini.

Tambahnya secara sinis lagi, sekiranya Najib menunjukkan ‘kelakukan baik’ hukuman penjaranya akan dipendekkan dan boleh berkempen untuk UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2027 nanti.

“Sementara itu, saya juga faham isteri tersayang anda mungkin akan menyertai anda selama beberapa tahun untuk menemani anda.

“Mengenai kes tertunggak 1MDB anda, saya tak risau.  Pada akhirnya, timbalan anda yang terdahulu berjaya mendapatkan DNAA. Dalam senario terburuk, kita boleh menerima lebih banyak diskaun. Betapa gembiranya kita semua menantikan masa depan,” katanya lagi.

Di akhir berkongsiannya, Pua berharap dengan catatan yang ‘penuh penyesalan’ itu, beliau akan menerima pengampunan dari ahli Pemuda UMNO dan terhindari dari perjalanan ke Bukit Aman.

Lembaga Pengampunan beri pengurangan 50% bagi hukuman penjara dan denda Najib

Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam satu kenyataan media bertarikh 2 Februari berkata, Najib diberikan pengurangan 50% bagi hukuman penjara dan denda yang dihadapinya.

Berita keputusan itu telah menyebabkan segelintir pihak menyeru agar Lembaga Pengampunan memberi penjelasan mengenai alasan pengurangan hukuman terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Lembaga Pengampunan Perlu Perjelas Kenapa Kurangkan Hukuman Najib – KJ

Baca Artikel Berkaitan: Hukuman Penjara Najib Dikurangkan Kepada 6 Tahun, Bebas Pada Ogos 2028 – Lembaga Pengampunan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.