fbpx
Now Reading
Lelaki Bakar Kereta Polis Bantuan Hadapi 2 Pertuduhan Khianat, Mengaku Tak Bersalah

Lelaki Bakar Kereta Polis Bantuan Hadapi 2 Pertuduhan Khianat, Mengaku Tak Bersalah

Ketika prosiding, mahkamah telah bersetuju untuk mengurangkan jaminan sebanyak RM9,500 dengan seorang penjamin untuk dua pertuduhan dan syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 15 Februari lalu, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki yang bertindak membakar kereta peronda polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, Selangor.

Selain membakar kereta peronda, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing) itu turut dipercayai membuat vandalisme dengan menconteng hentian bas di situ. Malah lelaki berkenaan juga memuat naik video kegiatannya itu di dalam akaun TikTok miliknya.

Sebaik mengesan video tersebut, polis telah bertindak menahan lelaki terbabit dan alatan seperti tukul besi dan botol air mengisi petrol turut dirampas.

Baca artikel berkaitan: Tular Video Kereta Peronda Polis Dibakar, Lelaki Dipercayai Mahu Raih Perhatian Di TikTok

Baca artikel berkaitan: Kereta Polis Bantuan Terbakar Dibaling Molotov Cocktail, Suspek Sudah Ditahan

Lelaki bakar kereta peronda polis mengaku tak bersalah

Terbaharu, lelaki yang terbabit dalam kes tersebut telah didakwa di dua mahkamah atas dua pertuduhan membuat khianat.

Namun, tertuduh yang dikenali sebagai Mohammad Hasif Syazani Zulkifle mengaku tidak bersalah sebaik dua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dr. Syahliza Warnoh dan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Tertuduh ketika di Mahkamah Sesyen telah didakwa atas pertuduhan membuat khianat api dengan membakar kereta peronda jenama Proton Preve milik polis bantuan Prasarana.

Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan

Tindakan itu dibuat tertuduh pada jam 1.17 pagi dan kes didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 14 tahun serta denda sekiranya disabit dengan kesalahan.

Di Mahkamah Majistret pula tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat kerana menconteng dinding milik stesen MRT terbabit pada tarikh sama jam 1.10 pagi, lapor Kosmo,

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tak kurang dari setahun dan maksimum lima tahun serta denda atau kedua-duanya sekali.

Diberi ikat jamin RM15,000 di Mahkamah Sesyen dan RM5,000 di Mahkamah Majistret

Ketika pembicaraan berlangsung, Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim di Mahkamah Sesyen telah mencadangkan agar tertuduh diberikan ikat jamin berjumlah RM15,000.

Manakala Noor Khairun Nisa Noor Harun di Mahkamah Majistret pula mencadangan wang jamiman bernilai RM5,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, pihak pendakwa juga memohon syarat tambahan tertuduh tidak boleh menganggu saksi pendakwaan. Tertuduh juga diminta untul tampil ke balai polis berdekatan untuk melaporkan diri pada setiap bulan

Peguam mewakili tertuduh minta wang jaminan minimum

Namun peguam bela yang mewakili Mohamad Hasif iaitu Kailash Sharma meminta jaminan minimum kerana anak guamnya tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri selain tidak mempunyai rekod jenayah.

Justeru itu, tertuduh telah dibenarkan oleh mahkamah untuk diberi ikat jamin sebanyak RM9,500 dengan seorang penjamin untuk dua pertuduhan serta syarat tambahan seperti yang telah dicadangkan pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan tarik sebut semula kes pada 21 Mac depan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.