
Kumpulan Penggodam R00TK1T Dakwa Berjaya Curi 27TB Data LPPKN
Pengumuman berbaur ugutan itu dilakukan sendiri oleh R00TK1T menerusi laman rasmi Telegram mereka yang memiliki jumlah pengikut lebih 7,000 orang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kumpulan penggodam yang dikenali sebagai R00TK1T mendakwa berjaya mencuri data dimiliki Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Kumpulan terbabit juga mengancam akan mendedahkan data pengguna di Malaysia yang berjaya dicuri oleh mereka.
Beri masa 12 jam untuk pihak berkuasa keluarkan kenyataan
Susulan itu, R00TK1T memberi masa selama 12 jam kepada pihak berkuasa untuk mengeluarkan kenyataan mengenai kerentanan data yang berlaku hari ini (20 Februari).
Memetik laporan Awani, kumpulan itu mengugut untuk menyebarkan data sebesar 27TB yang dicuri oleh mereka ke arena web sekiranya pihak berkuasa gagal berbuat demikian.
Pengumuman berbaur ugutan itu dilakukan sendiri oleh R00TK1T menerusi laman rasmi Telegram mereka yang memiliki jumlah pengikut lebih 7,000 orang.
R00TK1T dedah tangkap layar salinan tangkap layar salinan MyKad di Telegram
Kumpulan terbabit turut mendedahkan satu tangkap layar yang menunjukkan beberapa salinan MyKad dan dokumen di dalam sebuah folder sistem operasi Windows.
Menurut semakan kami, R00K1T turut memuat naik satu foto tangkap layar yang didakwanya milik LPPKN.

Bagaimanapun, setakat ini pihak LPPKN belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kesahihan isu tersebut.
Malah tiada sebarang maklumat berhubung dakwaan yang mereka kononnya berjaya menggodam ‘Sistem Pangkalan Utama (PADU).
Thanks @LowyatNET for NOT FACT CHECKING first that “PADU” is a sub-unit of LPPKN, not @paduofficial_ Pangkalan Data Utama.
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) February 19, 2024
The least you could do is to DM @paduofficial_ to confirm before happily spreading misinformation. https://t.co/xjPBvxxY1y
Sekadar info, R00TK1T menggelar diri mereka sebagai kumpulan hacktivist yang menggodam bagi mendedahkan kelemahan-keselamatan pada infrastruktur IT organisasi.

R00TK1T dakwa pernah curi maklumat pelanggan Maxis
Terdahulu, R00TK1T juga sebelum ini pernah mendakwa berjaya mencuri maklumat pelanggan daripada syarikat teknologi terkemuka, Maxis.
Bagaimanapun Maxis dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menemui sebarang kerentanan data pada sistem dalaman mereka namun telah ‘mengenal pasti insiden yang disyaki membabitkan akses tanpa kebenaran kepada salah satu sistem milik kontraktor pihak ketiga yang berada di luar persekitaran rangkaian dalaman Maxis’.
Syarikat teknologi itu tidak menyebut nama kontraktor yang dimaksudkannya itu.
Baca Artikel Berkaitan: