fbpx
Now Reading
Penganggur Belasah Ibu Guna Kunci Stereng Hingga Kepala Berdarah & Patah Gigi

Penganggur Belasah Ibu Guna Kunci Stereng Hingga Kepala Berdarah & Patah Gigi

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, hubungan suspek dan ibunya tidak baik selama 10 tahun manakala mangsa juga tidak mempunyai masalah mental.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, seorang anak tergamak memukul ibunya yang sedang tidur gara-gara laluan ke biliknya terhalang dengan sebuah almari kasut.

Begitulah nasib yang menimpa seorang warga emas berusia 74 tahun apabila mengalami kecederaan parah selepas dipukul oleh anaknya yang juga seorang penganggur dengan menggunakan kunci stereng.

Difahamkan, kejadian berlaku di kediaman mereka di sekitar Jalan Bunga Melor, Taman Muda Cheras pada kelmarin (20 Februari).

Ibu suspek buat laporan polis tentang tindakan anaknya itu

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, aduan dibuat oleh mangsa sendiri.

“Pada pukul 12.30 tengah malam semalam, pengadu dipukul ketika tidur menggunakan kunci stereng sehingga menyebabkan kepala berdarah dan dua batang gigi hadapan patah.

“Anak ketiga pengadu turut ditumbuk ketika cuba meleraikan keganasan dilakukan anaknya berusia 36 tahun.

“Punca kejadian disebabkan pengadu telah meletakkan almari kasut sehingga menghalang laluan ke bilik suspek,” katanya dalam satu kenyataan semalam (21 Februari).

Hubungan suspek dan ibunya tidak baik selama 10 tahun

Menurut Mohd Azam, hubungan suspek dan ibunya tidak baik selama 10 tahun manakala mangsa juga tidak mempunyai masalah mental.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek adalah negatif dadah. Suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Februari ini,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Mohd Azam berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.