fbpx
Now Reading
Kes Lelaki Ditarik, Diikat & Dipukul Sampai Mati: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Ditarik, Diikat & Dipukul Sampai Mati: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh berikutan kes bunuh bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret, sebaliknya Mahkamah Tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang diikat dan dipukul hingga mati pada minggu lalu.

Kelima-lima tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistet, Nurdiyanah Mohd Nawawi hari ini (27 Februari).

Memetik laporan Harian Metro, kesemua mereka ialah Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41; Azharul Azuan Mohd Azan, 34; Tengku Izham Tengku Hamid, 22; Mahazir Nordin, 43, dan Syamsul Qamar Ayob, 40.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh

Difahamkan, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua mereka berikutan kes bunuh bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret, sebaliknya Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa membunuh Shahril Samad, 41, di Jalan TPS 2/3 Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang pada 9.54 malam 20 Februari lalu.

Susulan itu, kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Kesemua tertuduh boleh dihukum mati atau sebat dan penjara

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat sebanyak 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman manakala semua tertuduh diwakili peguam, Mohd Hafiz.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 25 April depan untuk serahan status forensik, laporan kimia dan bedah siasat.

Gempar, lelaki diikat dan dipukul hingga mati oleh orang awam

Terdahulu, negara digemparkan dengan satu kejadian tragis melibatkan seorang pemandu lelaki yang ditarik keluar daripada kereta oleh sekumpulan orang awam sebelum diikat dan dipukul sehingga mati.

Kejadian dikatakan berlaku selepas mangsa yang memandu sebuah Proton Saga telah terlibat dalam kemalangan dengan seorang penghantar makanan.

Selepas kemalangan itu, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2 sebelum kenderaan yang dipandunya terbabas melanggar pagar kawasan perumahan.

Polis kemudiannya mengesahkan tujuh individu telah ditahan bagi membantu siasatan dan hasil forensik pula mendapati mangsa positif dadah.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki Diikat & Dipukul, Keluarga Tak Sanggup Lihat Video Tular

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki Diikat & Dipukul Hingga Maut: Mangsa Positif Dadah, 7 Invididu Sudah Ditahan – PDRM

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.