fbpx

Pemandu Treler Nahas Kemalangan Putrajaya Mengaku Tak Bersalah

Sebelum ini, negara digemparkan dengan kemalangan maut di Putrajaya yang melibatkan sebanyak 14 kenderaan dan dua mangsa daripada insiden terbabit dilaporkan meninggal dunia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan satu kemalangan maut melibatkan sebuah treler yang merempuh 14 kenderaan di KM 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya.

Ekoran daripada kejadian tersebut, dua mangsa telah dilaporkan meninggal dunia, manakala beberapa lagi cedera termasuk pemandu treler yang mengalami luka di tangan.

Pemandu treler yang berusia 29 tahun berkenaan kemudian telah ditahan polis untuk siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca artikel berkaitan: Dua Individu Maut Dalam Nahas Di Putrajaya Sudah Dikenal Pasti, Pekerja Pos Malaysia & Mahkamah Ampang

Pemandu treler mengaku tak bersalah atas tuduhan memandu secara berbahaya

Terbaharu, pemandu berkenaan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya ketika dibacakan di hadapan Majistret, Aima Nabila Muhammad Azhar di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini (25 September).

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Izzatul Shafik Mozahari yang juga pemandu treler didakwa membawa kenderaan jenis Foton Auman secara berbahaya sehingga menyebabkan berlaku kematian terhadap dua mangsa iaitu Faris Haziq Abu Bakar, 25 dan Yuswar Mohd Uyus, 39, lapor Sinar Harian.

TPR cadang ikat jamin RM10,000, tertuduh minta dikurangkan

Ketika perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Amalina Abu Hanifah kemudian telah mencadangkan tertuduh yang tidak diwakili peguam untuk diberi ikat jamin berjumlah RM10,000.

Walau bagaimanapun, tertuduh meminta agar kadar terbabit untuk dikurangkan.

Perlu lapor diri di balai polis sebulan sekali, lesen digantung sehingga kes selesai

Aima Nabila kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Dia juga perlu melaporkan diri di balai polis terdekat, sekali setiap bulan dan lesen memandunya digantung sehingga lupus kes.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 25 Oktober.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.