fbpx
Now Reading
Insiden Simbah Asid Di Batu Caves, Warga Emas Dihukum Penjara 12 Bulan

Insiden Simbah Asid Di Batu Caves, Warga Emas Dihukum Penjara 12 Bulan

Terdahulu, Saira dikatakan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Inam Abdullah dan Jemilah menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves pada 4 Julai yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang pada hari ini (14 Julai).

Majistret Chai Guan Hock membuat keputusan itu setelah Saira Abdullah yang berusia 62 tahun didapati bersalah menyimbah asid kepada peniaga roti nan warganegara Pakistan, Inam Ullah pada 4 Julai yang lalu.

Hukuman penjara itu bermula pada tarikh tertuduh ditangkap iaitu 9 Julai dan diperuntukkan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Peguam Tertuduh Memohon Hukuman Diringankan

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail yang mewakili tertuduh sebelum itu memohon mahkamah agar meringankan hukuman ke atas anak guamnya.

Permohonan ini dibuat atas alasan tertuduh pernah mengalami kemurungan akibat daripada provokasi yang dibuat oleh mangsa.

“Sebelum ini, tertuduh mengalami kemurungan teruk dan pernah mendapatkan rawatan hospital. Dalam kejadian ini, tertuduh mendakwa dia diprovokasi oleh mangsa, yang mahu berkawan walaupun mangsa sudah berkahwin,” kata Izleen.

Ekoran daripada itu, tertuduh berasa tertekan sehingga menyebabkan dia tidak boleh berfikir dengan waras sehingga mengambil keputusan untuk mencederakan mangsa.

“Tertuduh tidak boleh berfikir dengan betul dan mengambil tindakan sendiri (menyimbah cecair kimia) dan tertuduh amat menyesali perbuatannya itu,” kata Izleen lagi.

Malah, anak guamnya dikatakan telah insaf dan amat menyesali dengan perbuatan yang telah dilakukannya itu.

“Tertuduh menyesal, insaf, dan tidak akan mengulangi kesalahan. Mohon hukuman ringan (kesalahan menyimbah asid ke arah mangsa). Satu lagi tuduhan, jaminan boleh diberikan selepas menjalani hukuman,” ujar Izleen.

Timbalan Pendakwa Raya Mohon Hukuman Berat, Mengambil Kira Keseriusan Kes & Kecederaan Mangsa

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon agar mahkamah mengenakan hukuman yang lebih berat setelah mengambil kira keseriusan kes serta tahap kecederaan yang dialami oleh mangsa yang berusia 37 tahun.

Dalam prosiding yang sama, Saira mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan Jemilah Sabda yang merupakan isteri Inam.

Bagi pertuduhan itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan 12 September sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, Saira dikatakan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Inam Abdullah dan isterinya menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B, Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves pada 4 Julai yang lalu.

Ekoran daripada kejadian tersebut, sepasukan anggota polis telah membuat tangkapan pada 9 Julai yang lalu di sebuah bilik di Rawang, Selangor.

Hasil tangkapan berkenaan, polis menemui satu botol cecair warna kuning yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Hasil siasatan lanjut melalui prosedur kawad cam mendapati mangsa pertama dan kedua mengecamnya sebagai orang yang menyimbah cecair kimia terhadap kedua-duanya.

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Kerana Kedai Makan Laris, Suami Isteri Peniaga Disimbah Asid [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Simbah Asid Di Batu Caves, Warga Emas Ditahan Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.