fbpx
Now Reading
KPKT Batalkan 384 Lesen Peniaga Tempatan Kerana Beri Sewa Kepada Warga Asing

KPKT Batalkan 384 Lesen Peniaga Tempatan Kerana Beri Sewa Kepada Warga Asing

Kerajaan negeri juga mainkan peranan penting dengan mengetatkan syarat untuk permohonan baharu serta pembaharuan lesen perniagaan PBT di negeri masing-masing untuk mengelakkan masalah perniagaan dimonopoli oleh warga asing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memberi jaminan untuk membatalkan lesen yang dimiliki oleh pemilik yang bertindak memberi sewa premis mereka kepada warga asing.

Perkara itu dimaklumkan oleh KPKT pada bulan lalu, dan ia bertujuan untuk membela keselamatan dan kesejahteraan masyarakat tempatan.

KPKT batalkan sebanyak 384 lesen perniagaan tempatan

Terbaharu, KPKT telah bertindak membatalkan sebanyak 384 lesen peniaga tempatan yang memberi sewa kepada warga asing.

Menurut Menteri KPKT Nga Kor Ming, sejak tahun 2022 sehingga 15 Februari tahun ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah melakukan 1,836 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing.

Langgar syarat lesen dan premis yang dibuat oleh PBT

Susulan itu, sebanyak 26,108 lesen peniaga telah dibatalkan kerana pihak berkenaan melanggar ketetapan lesen serta premis yang dilakukan oleh PBT.

“KPKT menjalinkan kerjasama yang konstruktif dan aktif dengan kementerian lain dalam melaksanakan penguatkuasaan secara menyeluruh berkaitan isu ini, ia termasuklah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kerjasama ini perlu bagi menangani isu yang semakin berleluasa ini berdasarkan kekangan bidang kuasa PBT yang terhad kepada pemeriksaan lesen premis dan perniagaan sahaja,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Syarat permohonan baharu dan pembaharuan lesen perniagaan diperketatkan

Justeru itu, katanya lagi kerajaan negeri juga memainkan peranan iaitu syarat permohonan baharu serta pembaharuan lesen perniagaan PBT diperketatkan di negeri masing-masing untuk menghindari masalah perniagaan dimonopoli warga asing.

“PBT juga tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing untuk memohon atau memiliki lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan di pasar-pasar selaran dengan Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja dan UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian.”

Ujar beliau, PBT komited dalam menjalankan operasi penguatkuasaan seperti membuat pemantauan secara berkala di kawasan PBT khususnya lokasi yang menjadi tumpuan warga asing.

“Membuat sitaan dan rampasan barangan penjaja warga asing yang didapati menjalankan perniagaan secara haram dan menjalankan operasi bersepadu bersama agensi seperti imigresen dan PDRM,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.