fbpx
Now Reading
Polis Cekup Warga Asing Atas Sindiket Pemalsuan Dokumen, Kaut Untung Ratusan Ribu

Polis Cekup Warga Asing Atas Sindiket Pemalsuan Dokumen, Kaut Untung Ratusan Ribu

Polis turut mendapati warga asing yang ditahan mencetak dan menjual kad UNHCR kepada pelarian pada harga RM1,000 manakala RM150 hingga RM1,000 untuk dokumen palsu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap warga asing yang masuk ke negara ini perlu memiliki dokumen perjalanan yang sah sebagai pelawat mahupun pelancong.

Malah mana-mana warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah boleh dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang di negara ini.

Polis bongkar sindiket palsu dokumen yang didalang etnik Rohingnya

Terbaharu, polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen serta menyediakan kemudahan kepada warga asing yang didalangi oleh etnik Rohingnya.

Perkara itu berjaya dibongkar pihak berkuasa selepas melakukan 16 serbuan berasingan di utara tanah air iaitu Pulau Pinang serta Arau pada Februari lalu.

Serbuan tersebut telah dilakukan sejak 14 Februari di beberapa kawasan iaitu Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Utara (SPU, termasuk Arau, Perlis.

Seramai 14 suspek ditahan terbabit dalam sindiket pemalsuan dokumen

Susulan itu, polis telah menahan 14 individu termasuk tiga warga tempatan yang berusia 18 hingga 63 tahun.

Mengikut pecahan, tiga rakyat Malaysia yang ditahan itu terdiri daripada seorang wanita dan dua lelaki. Manakala bagi warga asing mereka terdiri daripada tiga wanita dan lapan lelaki.

Mereka yang melakukan sindiket pemalsuan dokumen itu dipercayai turut mengaut keuntungan sehingga ratusan ribu ringgit sebulan di mana rata-rata ejen terdiri daripada etnik Rohingnya yang berada di kawasan tersebut.

Difahamkan, warga Malaysia yang terbabit dalam sindiket berkenaan dipercayai membenarkan nama mereka diguna pakai bagi pembelian kenderaan untuk dijual kepada warga asing.

Sindiket mula aktif dua tahun lepas, turut cetak dan jual kad UNHCR, visa dan pasport

Jelas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usud Jan Mohamad sindiket tersebut mula aktif sejak dua tahun lepas.

Polis turut mendapati suspek mencetak serta menjual kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), visa, pasport termasuk dokumen palsu yang didalangi oleh seorang lelaki warga asing berusia 63 tahun.

“Sindiket ini akan menjual kad UNHCR dengan harga RM1,000 sindiket ini turut menjual dokumen-dokumen palsu lain kepada pelarian dan bayaran dikenakan adalah antara RM150 hingga RM1,000.

“Sindiket ini didapati menjalankan aktiviti mencetak dokumen palsu di sebuah rumah flat yang disewa di Butterworth, manakala dalang utama sindiket tinggal di kawasan lain di Bukit Mertajam,” ujarnya lapor Kosmo.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.