fbpx
Now Reading
Fun Fair Di Kota Kinabalu Diarah Tutup Serta-merta Selepas 2 Pengunjung Cedera Naik ‘Sotong Ride’

Fun Fair Di Kota Kinabalu Diarah Tutup Serta-merta Selepas 2 Pengunjung Cedera Naik ‘Sotong Ride’

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd. Zaidi fun fair tersebut diarah tutup agar pengendali taman hiburan terbabit boleh membuat pemeriksaan tahap keselamatan permainan yang disediakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 6 Mac lalu, dua pengunjung dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepada selepas terjatuh daripada permainan ‘sotong ride’ di sebuah taman hiburan, di Likas, Kota Kinabalu.

Video serta gambar memaparkan kejadian itu turut menjadi sohor di media sosial, namun pihak bomba memaklumkan tiada nyawa yang terkorban dalam insiden itu.

Baca artikel berkaitan: 2 Individu Cedera Jatuh ‘Ride Sotong’ Di Fun Fair Kota Kinabalu

Fun fair diarah tutup serta-merta

Terbaharu, disebabkan kejadian yang berlaku kepada dua pengunjung itu fun fair berkenaan telah diarahkan tutup serta-merta.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah penutupan taman hiburan itu bertujuan untuk membolehkan pengendali membuat pemeriksaan tahap keselamatan semua mainan yang disediakan di fun fair berkenaan.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi melihat sama ada terdapat sebarang kecuaian sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Dalam pada itu, siasatan awal mendapati kemalangan malam tadi melibatkan salah sebuah tempat duduk permainan jenis ‘TAISTAR’ atau ‘Sotong ride’.

“Dua mangsa tercampak keluar dari tempat duduk sejauh 15 meter ia sedang berpusing,” jelasnya, lapor Kosmo.

Mangsa lelaki terpaksa jalani pembedahan kerana cedera di bahagian kepala

Kata beliau lagi, mangsa lelaki yang berusia 35 tahun terpaksa menjalani pembedahan disebabkan kecederaan kepala yang dialaminya.

Manakala seorang lagi mangsa wanita berusia 29 tahun yang cedera di bahagian muka dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk mendapatkan rawatan lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.