fbpx
Now Reading
Sotong Seekor RM50, Restoran Ini Dikenakan Tindakan Oleh KPDN Lepas Resit Tular Di Media Sosial

Sotong Seekor RM50, Restoran Ini Dikenakan Tindakan Oleh KPDN Lepas Resit Tular Di Media Sosial

Menurut KPDN, selain dikenakan tindakan dan disiasat pihaknya turut mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPBM) mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 terhadap premis berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (20 Disember) tular satu hantaran di media sosial apabila terdapat pelanggan yang terkejut selepas dikenakan cas yang mahal untuk lauk sotong.

Menerusi hantaran itu, pelanggan tersebut memaklumkan dia telah makan di sebuah restoran di Kota Kinabalu, Sabah serta berkongsi gambar resit makanannya yang tertera menunjukkan lauk seekor sotong dicas sebanyak RM50.

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai yang meminta agar pelanggan terbabit untuk membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandangkan dia turut mempunyai resit sebagai bukti.

Baca artikel berkaitan: Pelanggan Terkejut Selepas Dikenakan Cas RM50 Untuk Lauk Sotong

KPDN ambil tindakan terhadap restoran yang didakwa cas RM50 untuk seekor sotong

Terbaharu, KPDN Sabah memaklumkan telah mengambil tindakan terhadap restoran berkenaan.

Jelas Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Sabah Zulfamy Mat Udi, restoran terbabit dikenakan tindakan dan disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan dan tidak jelas.

Selain dikenakan tindakan dan disiasat, Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPBM) mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 turut diberikan kepada premis terbabit.

“Ia bagi mendapatkan maklumat berhubung harga makanan berkenaan dan diminta untuk memberi maklum balas dalam tempoh dua hari.

“Tindakan juga diambil mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan siasatan masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada peniaga terbabit,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Restoran dinasihatkan untuk maklumkan harga lebih jelas

Menurutnya lagi, menerusi pemeriksaan yang dilakukan terhadap restoran tersebut ia ada memaparkan tanda harga untuk setiap jenis makanan serta minuman yang dijual dan itu termasuklah lauk sotong manis.

Namun KPDN mengingatkan kepada pemilik restoran terbabit untuk menunjukkan harga yang lebih jelas mengikut saiz sotong tersebut.

“Sebagai contoh, berapa harga untuk sotong manis saiz kecil, sederhana dan besar. Penandaan harga lebih khusus untuk mengelakkan kekeliruan pengguna.

“KPDN juga menasihatkan orang ramai supa bertanya telebih dahulu kepada peniaga atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.