fbpx
Now Reading
Pelanggan Terkejut Selepas Dikenakan Cas RM50 Untuk Lauk Sotong

Pelanggan Terkejut Selepas Dikenakan Cas RM50 Untuk Lauk Sotong

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan pelanggan berkenaan mengambil seekor sotong bersaiz sederhana yang harganya berjumlah RM50.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu harga makanan atau barangan ‘cekik darah’ sering kali dilaporkan oleh masyarakat di negara ini.

Malah perkara ini telah menyebabkan masyarakat bimbang dan adakalanya takut untuk membeli barangan atau makan di luar kerana risau dikenakan cas yang mahal.

Lebih mengejutkan apabila sebelum ini ada peniaga mengenakan cas mahal sehingga ratusan dan ribuan ringgit namun tidak meletakkan sebarang butiran harga untuk panduan pelanggan sebelum membuat pesanan.

Pelanggan terkejut dikenakan RM50 untuk seekor sotong

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial apabila terdapat seorang individu yang mendakwa dikenakan cas yang mahal ketika makan di sebuah restoran di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi hantaran tersebut, pelanggan itu telah berkongsi resit dan jenis lauk yang diambilnya iaitu seekor sotong saiz sederhana, sayur dan nasi putih.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah, kelihatan lauk sotong manis itu berharga RM50 untuk seekor dan jumlah bil keseluruhannya adalah RM75 termasuk air dan nasi.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan pelanggan berkenaan terkejut dengan cas yang dikenakan oleh restoran terbabit dan meminta orang ramai untuk berhati-hati jika makan di kedai tersebut.

“Hati-hati kamu kalau makan sini guys, pandai tembak harga.

“Bukan saya seorang sahaja yang kena macam ni, yang lain pun kena juga macam saya.

“Kepada yang belum pernah datang sini, kalau boleh janganlah datang. Kosong poket mu nanti,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Ramai sifatkan harga mahal dan minta buat aduan di KPDN

Mengintai di ruangan komen, ramai yang menyifatkan harga yang dikenakan oleh restoran tersebut adalah mahal.

Malah ada juga yang meminta agar perkara itu dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Padahal di pasar berapa je harga sotong sekilo. Tak sampai pun RM50”

“Boleh report hotline KPDN. Kalau tiada report, tiada tindakan kena ambil tu. Ngam juga ada resit bukti”

“Sotongnya yang mahal betul”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.