fbpx
Now Reading
Tak Puas Hati Anak Ditangkap Merokok Di Sekolah, Bapa Cekik & Ugut Guru Ditahan Polis

Tak Puas Hati Anak Ditangkap Merokok Di Sekolah, Bapa Cekik & Ugut Guru Ditahan Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, suspek ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap guru sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video kekecohan seorang lelaki di sebuah sekolah dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan salah seorang guru.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @MALAYSIAVIRALLL, kelihatan lelaki yang memakai baju hitam itu juga turut bertindak menolak dan mencekik guru terbabit.

Bapa tak puas hati, anak ditahan guru kerana merokok di sekolah

Dakwa MalaysianViral, perkara tersebut tercetus apabila individu berkenaan berang selepas anak lelakinya yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan oleh guru terbabit kerana merokok.

Kelihatan individu berkenaan juga tidak berpuas hati apabila guru lelaki terbabit menegur anaknya untuk menyimpan telefon yang dipegang dan tidak menggunakannya semasa di dalam sekolah.

“Ni lah contoh bapa tak guna, cikgu tangkap anak sebab merokok di sekolah, bapa datang ugut dan cekik guru,” ciapnya.

Dalam satu video berasingan, turut kelihatan keadaan di mana pengawal keselamatan dan beberapa guru lain cuba menahan lelaki terbabit daripada menyerang guru itu.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian terbabit berlaku pada Isnin lalu (29 Januari) di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah melibatkan lelaki berusia 49 tahun, pelajar 17 tahun dan guru berusia 40 tahun.

Polis sahkan tentang kejadian terbabit, lelaki berkenaan telah ditahan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan tentang kejadian itu.

Menurutnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap guru sekolah.

Pelajar berkenaan masih dibenarkan duduki SPM walaupun telah dibuang sekolah

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, pelajar berkenaan masih dibenarkan menduduki SPM meskipun sudah dibuang sekolah.

Jelas Raisin lagi, pihaknya juga mengesahkan kejadian pelajar terbabit yang merokok di dalam tandas sekolah berkenaan.

“Setiap calon SPM hendaklah akur kepada peraturan sedia ada di sekolah selain menjaga tingkahlaku yang baik baik tidak mengganggu perjalanan peperiksaan.

“JPN Sabah sentiasa komited memastikan peperiksaan awam berjalan lancar dan semua calon SPM berada dalam keadaan tenteram dan selesa ketika menjawab soalan peperiksaan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.