Isu Stoking Kalimah Allah, Agong Murka & Mahu Tindakan Keras

Isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Super Mart yang timbul sejak minggu lepas mendapat perhatian banyak pihak termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Agama Dr Mohd Na’im, Ustaz Azhar Idrus dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Terkini, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

Menerusi titah Seri Paduka Baginda pada bulan lalu sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Baginda telah mengingatkan agar masyarakat menjaga keharmonian negara dan tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kalimah Allah Di Stoking Bukan Perkara Remeh, Harap Jadi Pengajaran Buat Semua – Menteri Agama

Baca Artikel Berkaitan: “Mu Siapa Nak Jadi Wakil Maafkan Dia?” – Peniaga Jual Stoking Kalimah Allah Patut Dihukum, Kata UAI [Video]


“Tidak Patut Timbul Perkara Yang Membangkitkan Kemarahan” – YDPA Sultan Ibrahim

Sehubungan dengan itu, Baginda bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap pihak yang didapati bersalah dalam isu tersebut berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan. Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Titah baginda lagi, siasatan dan tindakan keras harus diambil ke atas pihak terlibat tidak kira sama ada produk tersebut diimport atau dihasilkan secara tempatan, dan dibuat secara sengaja mahupun tidak.

“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguat kuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah Seri Paduka Baginda.

Syarikat Tak Peka Dengan Isu Sensitif Adalah Tidak Masuk Akal

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ketidakpekaan sebuah syarikat tempatan dengan kakitangan terdiri daripada warganegara Malaysia mengenai isu terbabit adalah tidak masuk akal.

Sudah sekian lama kita hidup dalam sebuah negara majmuk. Kesilapan isu agama dan kaum sebegini tidak boleh diterima dan dibenarkan untuk berlaku lagi.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

TMJ Harap Isu Tak Menggugat Keharmonian Negara

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum menggesa tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa supaya isu sedemikian tidak berulang lagi.

Baginda memandang ia sebagai isu yang serius dan tidak sepatutnya dipandang remeh, selain berharap agar ia tidak menggugat keharmonian negara.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kalimah Allah Pada Stoking, TMJ Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

1 hour ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

2 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

2 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

2 hours ago