fbpx
Now Reading
Tular Pengemis Bawa Honda CRV, Marina Ibrahim Seru Orang Ramai Selidik Sebelum Sedekah

Tular Pengemis Bawa Honda CRV, Marina Ibrahim Seru Orang Ramai Selidik Sebelum Sedekah

Jelas ADUN Skudai itu, dirinya juga sering ditipu oleh pengemis yang menyamar sebagai golongan OKU.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum sesetengah penduduk di Malaysia tidak mampu untuk mencari sumber rezeki masing-masing disebabkan pelbagai faktor.

Ramai di antara golongan ini hanya mampu mengharapkan bantuan daripada pihak berkepentingan dan juga orang awam yang sudi menolong menerusi pemberian sedekah.

Walau bagaimanapun, segelintir individu tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan untuk menipu orang ramai.


Pengemis Kantoi Memandu Kereta Honda CRV

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter) apabila seorang pengemis wanita didakwa menggunakan kereta jenis Honda CRV.

Difahamkan wanita tersebut tertangkap dengan seorang lelaki selepas dirinya selesai mengemis di sesuatu kawasan. Lebih mengejutkan, kereta itu juga mempunyai pelekat kenderaan kediaman banglo dan semi-D di sebuah kawasan elit sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, wanita tersebut menafikan kenyataan tersebut dan berkata dia hanya meminjam kenderaan berkenaan daripada kenalannya.

Namun begitu, perkara itu masih menjadi persoalan dan ramai di kalangan netizen mempertikaikan golongan pengemis di negara ini sama ada mereka memang susah atau sebaliknya.


Selidik Sebelum Beri Sedekah

Cakna mengenai isu yang sedang tular, ADUN kawasan Skudai, Marina Ibrahim menerusi ciapan di laman X (@Marina_Ibrahims) berkata adalah penting untuk menyelidik terlebih dahulu sebelum menghulurkan sumbangan wang kepada seseorang bagi mengelakkan aktiviti scam berleluasa.

Sebab tu bila orang minta sedekah atau derma, kita jangan main bagi.

Marina Ibrahim.

Jelasnya, pemikiran sesetengah individu yang bersangka baik selain menyerahkan urusan pengemis bersama Tuhan adalah satu konsep yang salah.


Marina Selalu Ditipu Oleh Pengemis

Dalam pada itu, YB Skudai tersebut turut berkata pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal juga sering ditipu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bahkan, dirinya juga tidak terkecuali apabila sering ditipu oleh pengemis termasuklah golongan yang menyamar diri mereka cacat.

“Jadi selidiklah. Tabiat memberi tanpa selidik peminta sedekah ini berleluasa,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Mengemis Di Pasar Malam Tapi Miliki Proton X70 Premium

Sumber: X

Reaksi Netizen Terhadap Aktiviti Scam Oleh Pengemis

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Marina selain berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang pernah terjadi kepada diri mereka.

“Ada seorang pakcik buta… habis makan, gerak dan masuk kereta kemudian keluar parking. Selepas dah drive depan sikit, nampak pakcik ‘buta’ ni tengah sandar dekat kereta sambil kira duit,” kata seorang lelaki.

Ada juga yang berkata Islam mengajar umatnya untuk menyelidik dulu tentang sesuatu perkara.

“Betul, Islam pun mengajar kita untuk tabayyun. Jangan kita buat suka hati je,” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Menurut ulama Ibn Kathir, tabayyun boleh ditafsirkan sebagai proses pemantauan berita atau peristiwa sebelum disebarkan. Kelakuan yang membawa maksud pengesahan ini memerlukan seseorang individu untuk berhati-hati dalam membuat kesimpulan.


JKM Pantau Aktiviti Mengemis Yang Semakin Berleluasa

Semalam (26 Mac), telah menahan beberapa individu yang mengemis di kawasan Kajang menerusi Ops Pengemisan di Bazar Ramadan Jalan Reko.

Memetik Harian Metro, pengemis ditahan adalah seorang warga asing berusia lingkungan 50-an yang berasal dari Sri Lanka.

Menurut lelaki tersebut, dia telah tiba ke Malaysia pada Januari lalu dan menyasarkan bulan Ramadan ini untuk mengutip sedekah daripada orang awam.

Selain itu, pihak JKM turut menahan dua individu yang mengutip derma untuk sebuah madrasah tanpa surat perakuan sah.

Baca Artikel Berkaitan: Pengemis Jalanan Di Filipina Dah Semakin Maju, Guna Imbasan Kod QR Minta Sedekah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.