fbpx
Now Reading
Selangor, Negeri Sembilan & Melaka Dilanda Banjir Akibat Hujan Lebat [Video]

Selangor, Negeri Sembilan & Melaka Dilanda Banjir Akibat Hujan Lebat [Video]

Empat pusat penempatan sementara (PPS) telah dibuka di ketiga-tiga buah negeri berkenaan yang menempatkan sejumlah 471 orang mangsa dari 103 keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa tempat di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka telah dilanda banjir susulan hujan lebat semalam (16 April).

Sehubungan itu, dua pusat penempatan sementara (PPS) telah dibuka di Selangor, satu di Negeri Sembilan dan satu di Melaka.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, sebanyak 374 mangsa daripada 88 buah keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak, Shah Alam dan PPS Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Sungai Buloh.

Tambahnya, satu pos kawalan hadapan bomba telah dibuka di PPS SK Merbau Sempak, lapor Berita Harian.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong ditugaskan dalam operasi banjir yang membabitkan kawasan Jalan Jati di Kampung Melayu Subang; BBP Rawang dan BBP Sungai Buloh di Kampung Kubu Gajah; serta BBP Bestari Jaya di Kampung Sri Aman dan Taman Saujana Aman.”

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar

Merujuk kepada laman web rasmi Public InfoBanjir, dua sungai di Selangor iaitu Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang dan Sungai Buloh di Sri Aman, Kuala Selangor berada pada tahap berbahaya setakat jam 12.20 tengah hari.

Netizen Kongsi Keadaan Banjir Di Selangor

Sehubungan banjir teruk yang melanda beberapa tempat di Selangor, orang ramai memuat naik video keadaan bencana alam itu di akaun TikTok masing-masing.

Seorang individu menunjukkan keadaan banjir yang melanda rumahnya di Paya Jaras, Sungai Buloh. Menurutnya, banjir kali ini merupakan kali ketiga ia berlaku dan yang paling teruk setakat ini.

Banjir berkenaan telah mengakibatkan lumpur masuk ke dalam rumah dan menyebabkan peti sejuk miliknya terjatuh.

Beberapa individu berkongsi keadaan banjir yang melanda daerah Klang, terutamanya di kawasan Meru. Menurut seorang wanita, ia merupakan kali kedua banjir berlaku di sana pada tahun ini.

@mumylynn80

kali ke2 banjir🥲🥲17/4/2024 memang x disangka🥲

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Banjir Di Negeri Sembilan

Di Negeri Sembilan pula, PPS Balai Raya Permatang Pasir di Port Dickson telah dibuka pada jam 4.08 pagi tadi akibat keadaan banjir kilat.

Menerusi satu kenyataan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, seramai 46 orang daripada dua buah keluarga ditempatkan di PPS tersebut.

Dalam pada itu, kenyataan sama turut memaklumkan bahawa setakat jam 7 pagi tadi, stesen Sungai Linggi dan Sungai Triang di Jelebu merekodkan bacaan air yang tinggi iaitu pada paras berjaga-jaga/bahaya.

Merujuk kepada Public InfoBanjir setakat jam 12.20 tengah hari, aras air Sungai Triang telah berkurangan. Namun begitu, Sungai Rembau kini mencapai tahap bahaya.

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok semalam, banjir turut melanda kawasan KTM Seremban.

@hitechcentury This is the most epic flash flood we’ve ever seen in Seremban, Malaysia! The perfect way to test my phone’s IP68 rating! #beritatiktok #berita #fyp #malaysia #news #viral ♬ original sound – Hitech Century

Banjir Di Melaka

Di samping itu, bandar bersejarah Melaka turut dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang semalam. PPS Balai Raya Balik Balai di Alor Gajah telah dibuka dan menempatkan 51 orang mangsa dari 13 keluarga setakat jam 8 pagi hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim memaklumkan bahawa PPS tersebut dibuka sejak 9 malam tadi dan menempatkan mangsa dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah.

Kampung terlibat ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Keladi, Kampung Taboh Naning, Pelan Lubok China, Kampung Sungai Jernih, Taman Masjid Tanah Ria, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal dan Kampung Brisu.

Untuk info, Melaka sebelum ini telah dilanda banjir kilat pada 14 April, melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.