fbpx
Now Reading
AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan mempunyai masalah kesihatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Firma Farmaseutikal AstraZeneca (AZ) buat kali pertama mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin COVID-19 ciptaan mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.

Pengakuan dibuat itu telah membuka jalan untuk pampasan undang-undang bernilai jutaan pound dengan 51 kes dikemukakan di Mahkamah Tinggi di London setakat ini, menuntut gantu rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).

Vaksin AZ boleh sebabkan kematian dan kecederaan serius

Memetik Berita Harian, AZ menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.

Peguam berhujah bahawa vaksin itu menghasilkan kesan sampingan yang memberi kesan buruk kepada sebilangan kecil individu.f

Kes pertama difailkan pada tahun lalu oleh Jamie Scott yang mengalami kecederaan otak kekal selepas dirinya mengalami pembekuan darah dan pendarahan di otak yang menghalangnya daripada bekerja selepas disuntik vaksin itu pada April 2021.

Keadaan bapa kepada dua orang anak itu sangat kritikal sehingga pihak hospital menghubungi isterinya beberapa kali untuk memberitahu bahawa suaminya itu akan meninggal dunia.

AZ pada awalnya membantah tuntutan Scott, namun dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari lalu, ia membuat beberapa pengakuan.

AZ akui vaksin dibuatnya boleh menyebabkan TTS

Gergasi farmaseutikal itu mengakui vaksin buatannya boleh menyebabkan TTS (Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome) iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet menjadi rendah dalam kes yang sangat jarang untuk berlaku.

Difahamkan, para saintis mula mengaitkan antara vaksin dan penyakit baru dikenali sebagai ‘iimune thrombocytopenia and thrombosis (VITT)’ berpunca daripada pengambilan vaksin seawal Mac 2021, sejurus selepas vaksin COVID-19 mula diedarkan.

Dunia perubatan sudah lama mengakui VITT disebabkan vaksin

Isteri Scott, Kate memberitahu akhbar Telegraph bahawa dunia perubatan sudah lama mengakui bahawa VITT disebabkan oleh vaksin, namun hanya AZ sahaja yang mempersoalkan sama ada keadaan suaminya itu adakah disebabkan suntikan itu.

“Ia mengambil masa tiga tahun untuk hasil ini (tuntutan mahkamah). Ia adalah kemajuan, tetapi kami ingin melihat lebih banyak daripada mereka dan kerajaan. Sudah tiba masanya untuk perkara ini bergerak lebih cepat.

“Saya harap melalui penerimaan mereka itu, bermakna kita dapat menyelesaikan masalah ini lebih awal.

“Kami memerlukan permohonan maaf, pampasan yang adil untuk keluarga kami dan keluarga lain yang telah terjejas. Kami mempunyai kebenaran di pihak kami dan kami tidak akan berputus asa,” katanya.

AZ bersimpati dengan nasib individu yang hilang orang tersayang atau miliki masalah kesihatan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan mempunyai masalah kesihatan.

“Keselamatan pesakit adalah keutamaan kami yang tertinggi dan pihak berkuasa kawal selia mempunyai piawaian yang jelas lagi ketat untuk memastikan penggunaan selamat semua ubat, termasuk vaksin.

“Malah, kajian bebas menunjukkan vaksin AZ sangat berkesan dalam menangani wabak itu, seterusnya menyelamatkan lebih enam juta nyawa di seluruh dunia pada tahun pertama ia dilancarkan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.