fbpx
Now Reading
Oppo Find X2 Pro Kini Dilancar Di Malaysia Dengan Harga RM 4,599

Oppo Find X2 Pro Kini Dilancar Di Malaysia Dengan Harga RM 4,599

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya satu lagi flagship yang ditunggu-tunggu dari Oppo iaitu Find X2 Pro telah pun dilancarkan bagi pasaran tempatan hari ini.

Peranti yang menerima skor tertinggi di Dxomark ini hadir dengan skrin bersaiz  6.78-inci OLED QHD+120Hz Skrin Ultra Vision, HDR10+ dan dijana dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 865.

Foto : Anroid Authority

Peranti flagship ini turut dipadankan dengan memori 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 512GB UFS 3.0. (tanpa kad slot) serta bateri berkapasiti 4260mAh.

Dari sudut kamera pula, kamera utama masih menggunakan tetapan lama – iaitu tri-kamera dari gabungan lensa 48MP wide angle lens + 48MP utlra wide angle lens f/2.2 120 darjah, sokongan makro 3sm + 13MP  telefoto lens periskop f/3.0, 10x zum hibrid, 60x zum digital.

Manakala bagi kamera depan pula, spec lensanya dengan jenis punch-hole juga cukup menarik iaitu  32MP f/2.4.

Bagi satu lagi model, Oppo Find X2 tiada perbezaan dari segi skrin, ram dan cip pemprosesnya namun yang membezakan model ini model ini variasi pro hanyalah dari segi bateri, ruang storan dan kamera.

Ruang Storan Find X2 adalah setengah dari X2 pro iatu 256GB, kamera pula adalah gabungan lensa 48MP + 12MP sudut ultra wide l + 13MP telefoto biasa (bukan periskop seperti model pro) Baterinya pula dengan kapasiti 4200mAh, kurang 60mAh dari model Pro.

Find X2 juga hanya dilengkapi dengan sokongan kalis air IP54 sahaja (percikan air dan debu kasar), berbanding Find X2 Pro yang lebih selamat iaitu IP68.

Memetik Amanz , harga jualan bagi Oppo Find X2 adalah RM3999 makanala Oppo Find X2 Pro  RM4599 . Keduanya ditawarkan dengan pilihan warna berbeza.

Peranti ini boleh mula dipra-tempah bermula 6-13 Mac untuk Find X2 dan 6-20 Mac untuk Find X2 Pro .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.