Rumah adalah satu aset yang sangat berharga. Ada yang jadikan rumah sebagai aset tetap dan ada pula yang menjadikan rumah sebagai pelaburan. Apa-apa pun sebabnya, kita mesti menjaganya dengan baik kerana aset ini adalah aset yang akan kekal lama. Terdapat beberapa cara yang ada untuk meningkatkan nilai rumah itu dengan beberapa cara.
Jadi, ini 5 cara yang anda boleh lakukan untuk menaikkan nilai rumah anda.
Secantik mana pun rumah tu, kalau tak selamat mesti tak akan ada sesiapa yang nak duduk. Jadi, untuk menaikkan nilai rumah anda boleh menambah aspek keselamatan pada rumah tersebut.
Antara aspek keselamatan yang anda boleh cuba adalah dengan meletakkan pagar yang kukuh, CCTV, sistem keselamatan penggera (alarm security system) dan sebagainya untuk memastikan rumah berada dalam keadaan yang selamat. Secara tidak langsung ia pasti meningkatkan nilai rumah anda.
Rumah yang cantik pastinya menjadi idaman semua orang. Lagi-lagi rumah yang dihiasi dengan perhiasan yang moden dan menarik pasti akan mendapat permintaan yang tinggi.
Jadi, anda boleh menghias rumah anda dengan memasang lampu berkonsepkan moden atau menghias laman rumah dengan pokok-pokok yang sesuai dan sedap mata memandang. Pasti rumah anda akan menjadi rebutan dengan nilai yang tinggi.
Jika anda ingin menyewakan rumah anda, seeloknya letakkan barang-barang asas seperti mesin basuh, dapur, katil dan perkakas yang lain. Rumah yang mempunyai perabot penuh lebih bernilai dan menjadi buruan para penyewa berbanding rumah yang hanya mempunyai separuh atau tidak mempunyai sebarang perabot.
Antara aspek yang boleh menaikkan nilai rumah adalah kebersihan. Rumah yang dijaga dengan rapi dan kemas pasti menjadi pilihan orang ramai. Dengan menjaga kebersihan, nilai rumah anda akan meningkat. Senanglah untuk anda melakukan pelaburan.
Bukan setakat bersih, kecantikan rumah juga menjadi nilai tambah kepada sesebuah rumah itu. Jadi, jika anda mengecat rumah anda pastinya nilai asset tersebut akan bertambah. Siapa sahaja yang tak suka melihat rumah yang kemas dan cantik kan? Tapi, anda perlu lah memastikan cat yang digunakan itu berkualiti dan tahan lama.
Sumber: Sinar FM
Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…
Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…
Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…
Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…
Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…
Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…