fbpx

Balik Kelantan Naik Jet Peribadi Hanya Nak Beli ‘Akok’, Jutawan Ini Kongsi 11 Tips ‘Emas’ Untuk Berjaya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan setiap manusia di muka bumi mempunyai kehendak tersendiri. Ada yang memilih untuk ‘reward’ diri sendiri dengan melancong ke serata dunia, mengumpul koleksi jam tangan, mengumpul berpasang-pasang , merasa semua jenis makanan dan pelbagai lagi.

Namun semua kehendak dan hajat ini hanya akan tercapai jika di diiringi dengan usaha dan perancangan.

Perkongsian seorang pengguna Facebook Hafizi Zain menjadi tular selepas dia berkongsi kepada orang ramai pengalamannya mengiringi seorang ‘Silent Billionaire’ yang dirahsiakannya identitinya yang terbang pulang ke Kelantan dengan menaiki jet peribadinya semata-mata untuk membeli kuih akok.

Namun yang menjadi perhatian orang ramai adalah jutawan tersebut dilihat selesa malah sudi berkongsi resepi dan tips kejayaan sehingga berada di takuknya kini.

Terbang dengan jet peribadi hanya untuk beli kuih

Pernah tengok tak ada orang balik Kelantan semata-mata nak beli Kuih Akok naik private jet?

Beliau merupakan seorang ‘Silent Billionnaire’. Tak suka dikenali orang dan tak suka bercakap kosong. Saya tak mahu bercerita lebih tentang siapa beliau.

Tapi saya nak ceritakan tentang 11 Nasihat Emas yang saya dapat sepanjang 30minit penerbangan dari Kota Bharu ke Subang Airport pada hari Ahad lepas dengan menaiki pesawat peribadi milik beliau. Saya post kat sini adalah supaya saya boleh ingat pesanan dari beliau.

11 Nasihat Emas

1. When u do business, don’t put all eggs in one basket. Kalau basket tu jatuh, habis semua telur-telur tu akan pecah.. Asingkan 1 bisnes, 1 company. 1 projek, 1 company.. Jangan campur adukkan semua di bawah 1 company sahaja.

2. Jangan menganggap cabaran ekonomi semasa menghalang utk kita buat bisnes. Sbg contoh, musim covid ni.. Memang ada bisnes yang tak boleh nak jalan.. Tapi ada banyak lagi peluang bisnes yang kita boleh lakukan dan boleh sukses. Explore dan terus take action. Kalau kita hanya terperap saja kat rumah mengenang nasib, memang rugi lah!

3. Jangan pernah berhenti dari memberi sedekah..sedekah dan lupakan.. Lagi banyak sedekah, lagi banyak rezeki datang mencurah-curah. Utamakan sedekah kepada adik beradik dan saudara mara dahulu. Walaupun ada saudara mara yang pernah mengguris hati, sedekahkan juga tanpa berkira.

4. Buat bisnes yang tidak melibatkan loan bank. Sebab loan bank ni lah sebenarnya yang menyebabkan cash outflow company makin drop. Dapat untung je, buat bayar loan. Baik tak payah.

5. Banyakkan networking dengan orang-orang penting. Waktu mula-mula-mula networking, mungkin takde rasa apa yang perlu. Tapi one day, pasti akan ada benda yang kita saling perlukan pertolongan antara satu sama lain.

Hafizi berkongsi fotonya dihadapan jet peribadi jutawan tersebut Foto : Hafizi Zain

6. Pekakkan telinga dengan apa yang orang berkata negatif tentang kita. Sebab setiap apa yang kita buat, hanya kita saja yang tahu.. Orang lain tahu mengata jer.. so, the best solution, FOKUS dengan apa yang kita nak buat, dan apa yang kita nak capai.

7. Plan betul-betul life kita. Umur sekian sekian, apa target kita. Dari segi kerjaya, kehidupan, rumah, kereta anak dan lain-lain. Jangan kita hanya hidup mengikut arus semata-mata.

8. Kena bijak mengambil peluang. Kadang-kadang peluang tu orang tak nampak hanya kita je nampak. Tapi kita tak berani sebetulnya, bila dah nampak peluang tu, grab cepat-cepat sebelum orang lain grab dulu.

9. Bila berinteraksi dengan orang kenamaan, jangan tunjuk yang kita lemah. Kena tunjuk kita ni kuat dan ada kelebihan. Jangan hanya tunduk, diam dan setuju semata-mata dengan apa yang tengah dibincangkan bersama mereka. Lontarkan idea-idea bernas untuk mereka. Barulah mereka pandang tinggi dan berani bagi projek kat kita.

10. Sekiranya kita nak business secara long term, elakkan dari melibatkan diri secara serius dalam politik. Sebab ianya sangat bahaya. Fokus kepada business bukan fokus kepada politik.

11. Jangan terlalu nak ‘beremosi’ dalam bisnes kalau kita buat satu-satu bisnes, dan bisnes tu asyik rugi dan takde masa depan. Tutup saja bisnes tu tak perlu nak meratap sayu bina bisnes baru yang lebih profitable.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.