fbpx
Now Reading
Cuaca Terlalu Panas Hingga Sukar Nak Tidur? Ini 5 Tips Untuk Anda

Cuaca Terlalu Panas Hingga Sukar Nak Tidur? Ini 5 Tips Untuk Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memang diakui cuaca di Semenanjung Malaysia terutamanya di Lembah Klang tdan kawasan terdekat memang terasa ‘sedikit panas’ kebelakangan ini.

Panas yang terkumpul di siang hari akhirnya akan membuatkan waktu malam terasa begitu bahang apatah lagi faktor hujan yang hanya turun sekejap-sekejap .

Malah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena ini akan berterusan sehingga pertengahan bulan September. Lebih kurang satu bulan lagi tu.

Buat mereka yang memiliki aircond di rumah mungkin tak jadi masalah sangat bukan ? Namun untuk mereka yang tidak menggunakan air cond pasti terasa. Nak tidur pun susah bukan?

Jadi di bawah kami kongsikan 5 tips yang boleh anda lakukan bagi mempebaiki kualiti tidur anda semasa cuaca panas sebegini :

1. Elak tidur siang

Antara perkara paling mudah dilakukan sekiranya tidur anda terganggu pada waktu malam ialah dengan mengelakkan dari tidur atau nap pada waktu siang.

2. Teruskan rutin biasa

Cuba jaga waktu tidur dan teruskan rutin yang biasa anda lakukan sebelum tidur.

3. Jaga Suhu bilik

Sebaiknya turunkan langsir dan tirai pada siang hari. Penggunaan langsir jenis blackout juga mungkin membantu. Pada waktu malam pula digalakkan buka semua tingkap sebelum tidur bagi membolehkan angin masuk.

4. Cadar nipis

Elak dari menggunakan cadar tebal dan dari material kain yang panas. Dapatkan cadar nipis. Pakaian juga perlu bersesuaian dan nipis

Satu yang harus diingatkan sediakan juga selimur kerana suhu badan manusia akan menurun pada waktu malam. Itu yang menyebabkan kita kadang kala terjaga pada waktu malam dan tiba tiba terasa sejuk.

5. Bertenang

Sekirana masih sukar untuk tidur, cuba bangun dan lakukan aktiviti yang menenangkan seperti membaca ataupun menulis.

Elak dari bermain handphone atau sebarang permainan video kerana ianya akan lebih merangsang otak untuk bekerja.

Pastikan juga lampu bilik anda di padam untuk mendapatkan mood yang selesa, lampu juga kadangkala menghasilkan haba.

Kredit Foto : Sleepscore.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.