fbpx
Now Reading
Mekanik Ini Ajar Cara Tolak Kereta Seorang Diri, Badan Kecil Pun Boleh Lakukan [Video]

Mekanik Ini Ajar Cara Tolak Kereta Seorang Diri, Badan Kecil Pun Boleh Lakukan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berdepan situasi kereta rosak semasa memandu adalah perkara paling ditakuti setiap pemandu. Lebih menimbulkan rasa panik sekiranya ianya terjadi ketika anda berseorangan.

Jika ianya rosak di jalan yang terdapat ramai orang pasti ada sahaja yang akan membantu namun bagaimana jika anda keseorangan dan anda perlu mengalihkan kenderaan anda demi keselamatan anda dan orang lain?

Macam tak logik je nak tolak sorang-sorang bukan?

Namun perkongsian di Tiktok ini membuktikan sebaliknya, malah lebih menarik ianya berjaya dilakukan oleh seorang mekanik yang berbadan kurus.

@carlsonchia_oe

Seorang pun boleh tolak kereta ##carlsonchia ##oeacademy ##tiktokguru ##tiktokguru ##tiktok ##ItStartsOnTikTok ##malaysia

♬ original sound – Carlson@Guan_oe

Nampak macam mudah bukan?

Menerusi video tersebut, dibawah adalah langkah yang perlu anda ikuti untuk menolak kereta anda seorang diri :

  1. Aktifkan lampu isyarat kecemasan kenderaan anda
  2. Masukkan gear ke N.
  3. Lepaskan handbrake kenderaan anda
  4. Cermin pemandu juga harus diturunkan sepenuhnya
  5. Tarik sepenuhnya tali keledar belah pemandu
  6. Tutup pintu kereta anda dengan tali keledar masih ditarik
  7. Selit dan masukkan badan anda pada tali keledar tersebut.
  8. Pegang stereng untuk mengawal dan tolak kereta anda

Wah semudah itu sahaja!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.