fbpx
Now Reading
Kereta Remuk Ditimpa Kren Ketika Pasang Tanglung Di Cheras

Kereta Remuk Ditimpa Kren Ketika Pasang Tanglung Di Cheras

Kejadian tersebut berlaku pada jam 10.40 malam, 15 Januari apabila sebuah kren yang sedang memasang lampu tanglung hilang kawalan sebelum menghempap sebuah kereta di tepi jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 15 Januari lalu, seorang wanita dikejutkan dengan tragedi keretanya ditimpa sebuah kren di Jalan Besar Salak Selatan, Cheras. Menerusi video yang dimuat naik ke laman Instagram Kosmo, kelihatan kren tersebut sedang memasang lampu tanglung bagi perayaan Tahun Baru Cina bulan hadapan.

Amat bernasib baik kerana insiden tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa pada orang awam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik kenderaan sekitar jam 12.06 pagi semalam (16 Januari).

Kren Pasang Tanglung Hilang Kawalan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 malam yang mana sebuah kren hilang kawalan ketika sedang memasang lampu tanglung dan menghempap sebuah kereta jenis Honda Jazz di tepi jalan.

Baca Artikel Berkaitan: Struktur Kren Tumbang Hempap Kereta, Dua Dilaporkan Maut

“Kereta tersebut mengalami kerosakan di beberapa bahagian. Tiada sebarang kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini,” tambah Ridzuan kepada Kosmo.

Di samping itu, beliau memaklumkan bahawa kes tersebut diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA).

Tambah Ridzuan, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.