fbpx
Now Reading
Gadis Ini Kongsi Tips Gosok Awning Tudung Bawal Bagi “Menjadi” & Cantik [Video]

Gadis Ini Kongsi Tips Gosok Awning Tudung Bawal Bagi “Menjadi” & Cantik [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi hijabista diluar sana tentunya pernah mengalami waktu yang sukar sekiranya tudung yang dipakai tidak begitu menjadi. Lebih-lebih lagi kalau keluar pakai tudung bawal, mesti sakit hati kan?

Tapi kami yakin perkongsian video dari seorang pengguna Tiktok, @LiviaShawl pasti menyelamatkan anda dari masalah-masalah tersebut.

Gadis ini berkongsikan tips bagaimana mahu mendapatkan awning tudung yang cantik dan terletak ketika memakai tudung bawal.

Kredit: TikTok/@LiviaShawl

Menerusi video yang dimuat naiknya sendiri menunjukkan cara-cara iron tudung dengan betul di aplikasi TikToknya itu. Langkah pertama yang ditunjukkan ialah kita gosok tudung bawal seperti kebiasaannya.

Seterusnya, lipatkan tudung tersebut menjadi segi tiga dan letakkan awning tudung tersebut di atas papan pengosok.

Kemudian, gosokkan tudung tersebut dengan berhati-hati supaya tidak terkena di bahagian awning tudung itu.

@liviashawl

Reply to @cakaplaibuatlain Cara iron tudung bawal untuk awning yang cantik ✨ Result kat hujung video #fyp #smallbusinesscheck

♬ original sound – LiviaShawl

Diakhir video berkenaan menunjukkan hasil yang agak memuaskan dengan menggunakan teknik yang diajarkan oleh gadis tersebut.

Rata-rata perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 626.5k tontonan di aplikasi TikToknya, manakala sebanyak 76.2k yang suka akan video yang dikongsikan itu.

Tambah lagi, ramai yang berterima kasih diatas perkongsian tipsnya itu selain ada yang turut memberikan komen yang melucukan mengenai tips tersebut.

Kredit: TikTok/@LiviaShawl
Kredit: TikTok/@LiviaShawl
Kredit: TikTok/@LiviaShawl

Jadi mesti lepas ini hijabista takkan bad mood lagi sebab awning tudung bawal mereka dah terletak cantik je. Selamat mencuba.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.