fbpx
Now Reading
Mudah Faham! Ikuti Video Cara Sebenar Pakai ‘Double Mask’ Oleh Pakar Perubatan Ini [Video]

Mudah Faham! Ikuti Video Cara Sebenar Pakai ‘Double Mask’ Oleh Pakar Perubatan Ini [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Topik pemakaian ‘double mask’ atau pelitup muka berganda tidak dinafikan menjadi topik hangat rakyat Malaysia sejak minggu lalu.

Mula diperkatakan selepas tular beberapa foto memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenakan double mask, ianya kemudian disahkan sendiri oleh beliau sewaktu sidang media harian beberapa hari lalu.

Beliau kemudian berkongsi cara menggabungkan pelitup muka yang bersesuaian iaitu gabungan surgical mask (pelitup muka pembedahan) dan cloth mask (pelitup muka jenis fabrik) bagi memastikan teknik tersebut betul-betul berkesan sehingga mencapai 85.4%.

Baca artikel berkaitan : Lebih Berkesan Hingga 85.4%, Ini Cara Pemakaian ‘Double Mask’ Mengikut Saranan CDC US Oleh DG Hisham

Namun satu yang masih menjadi persoalan orang ramai ialah ‘bagaimanakah cara menggunakannya ?’ Yang mana terletak di hadapan atau kawasan luaran dan yang mana di bahagian dalam?

Ini kerana panduan secara gambar dan ilustri yang diberikan oleh CDC sendiri masih dilihat mengelirukan oleh sesetengah rakyat Malaysia.

Jadi bagi memudahkan anda, di bawah kami kongsikan video panduan menggunakan double mask atau pelitup muka berganda ini dalam bentuk video seperti yang dikongsikan seorang pakar perubatan dari IJN, DR Beni Rusani di laman TikToknya.

Surgical mask dulu baru diikuti cloth mask

@drbenirusani

2 lapisan mask lawan covid

♬ House MD: Main Title Theme – Global Stage Orchestra

Mudah je bukan? Namun sebaiknya bagi pelitup muka di dalam, gunakan yang jenis surgical mask berbanding 3ply biasa (non-medical mask) . Jadi selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.