Sentiasa Berwaspada! Ini 4 Tips Kenali Penipuan SMS

Semua orang pasti bersetuju kalau kami kami katakan kes sindiket penipuan di dalam negara khususnya penipuan SMS (Smishing) semakin berleluasa.

Malah sudah ramai yang terpedaya dan menjadi mangsa hingga mengakibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Percaya atau tidak, kebanyakan penipu atau scammer ini sebenarnya bijak, mereka bukan sahaja mahir memperdaya malah pandai memanipulasi sesuatu mesej sehingga menyebabkan timbul rasa kurang selamat di dalam diri kita.

Keadaan tersebut kemudiannya akan dimanfaatkan oleh mereka untuk menipu mangsa-mangsanya.

Prihatin dengan isu tersebut, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) telah berkongsi 4 tips agar orang ramai berwaspada sekaligus mengelakkan diiri dari menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini.

Jadi di bawah kami kongsikan 4 tips tersebut :

#1 SMS dari nombor atau digit yang tidak dikenali

Periksa nombor atau digit SMS yang diterima khususnya no antarabangsa.

Bagi urusan perbankan sekiranya and anda meneruma sesuatu mesej yang mencurigakan, jangan memberikan respon pada nombor tersebut sebaliknya hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk pengesahan.

#2 Hati-hati dengan mesej pembayaran atau transaksi bank

Jangan sesekali tekan apa-apa pautan yang disertakan di dalam SMS yang anda terima terutamanya dalam hal perbankan. Hanya hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk pengesahan.

#3 SMS berbaur ugutan

“Akaun bank anda telah disekat””Sila sahkan akaun bank baru anda”Ini adalah contoh kandungan berbaur ugutan yang boleh buat kita terus panik!

Sekali lagi, HANYA hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk pengesahan.

#4 SMS Meminta Maklumat Peribadi

Jangan sesekali berkongsi Maklumat peribadi anda kepada orang luar. Ia merangkumi nama penuh, no. kad pengenalan, no. akaun perbankan, kata laluan perbankan dan nama ibu.

Jangan respon dengan mesej sebegini sebaiknya hubungi nombor yang tertera di belakang kad bank anda untuk sebarang pengesahan.

Baca artikel berkaitan :

Foto kredit : Nextpit.com

Recent Posts

  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

27 mins ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

3 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

17 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

1 day ago