fbpx
Now Reading
Doktor Kongsi 8 Manfaat Berpuasa Dari Segi Kesihatan, Antaranya Bantu Kawal Paras Lemak & Kolestrol

Doktor Kongsi 8 Manfaat Berpuasa Dari Segi Kesihatan, Antaranya Bantu Kawal Paras Lemak & Kolestrol

Antara manfaat berpuasa adalah ia dapat membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Meskipun bermacam-macam telatah dan gelagat yang ditunjukkan oleh orang sekeliling ketika menghadapi dugaan berpuasa namun semua masih bersabar dan berusaha melakukan ibadah puasa dengan sehabis baik kerana mahu merebut ganjaran yang diberikan Allah SWT.

Tahukah anda berpuasa merupakan ibadah yang dituntut di dalam agama Islam, tetapi sebalik indahnya berpuasa ia juga mempunyai manfaat yang tersendiri dari segi kesihatan bagi yang melakukannya.

Perkara ini turut dikongsikan oleh pengamal perubatan yang terkenal di media sosial iaitu Doktor Samhan.

Menurutnya, amalan berpuasa ini sebenarnya memberi pelbagai faedah dari sudut kesihatan malah ia juga mungkin boleh menyelesaikan salah satu masalah anda sebagai contoh menurunkan berat badan.

Baiklah tanpa melengahkan masa, jom kami kongsikan 8 jenis faedah jika kita berpuasa.

#1 Membantu menurunkan berat badan

Foto: Pexels

Ramai yang mengimpikan untuk menurunkan berat badan dan mahukan berat yang ideal. Namun ia tidak mudah dan adakalanya sukar untuk seseorang itu konsisten dalam mencapai misinya.

Ha tahukah anda dengan berpuasa impian untuk menurunkan berat badan mungkin boleh menjadi kenyataan.

Menurut Hello Doktor, ketika berpuasa badan tidak mempunyai tenaga kerana tidak mempunyai makanan.

Oleh itu, badan akan menukarkan glukosa yang tersimpan di dalam badan untuk membakar lemak untuk dijadikan sebagai tenaga.

#2 Membantu mengawal paras lemak dan kolestrol

Masalah kolestrol bukan hanya dihidap oleh golongan yang berumur sahaja, malah gaya pemakanan dan hidup yang tidak sihat telah menyebabkan seseorang mudah mendapat penyakit tersebut.

Oleh itu, semasa berpuasa corak pemakanan mungkin sedikit berbeza di mana kita tidak makan seperti biasa dan ini mungkin boleh membantu dalam mengurangkan paras lemak serta kolestrol.

#3 Membantu meningkatkan kecekapan sistem penghadaman

Berpuasa boleh membantu untuk merehatkan sistem penghadaman yang lebih baik apabila ia boleh membantu memulihkan sistem pencernaan.

Perkara ini turut diterangkan oleh Pakar Perundingan Gastroenterologi dan Hepatologi, Dr Sheikh Anwar Abdullah yang memaklumkan amalan berpuasa boleh membantu mengawal pesakit daripada masalah refluks seperti asid naik ke atas.

Bahkan ia membantu menurunkan asid dalam perut yang secara tidak langsung mengurangkan masalah refluks berlaku kepada seseorang, dipetik dari Berita Harian.

#4 Membantu meningkatkan fungsi otak

Foto: Freepik

Menurut Hello Doktor, berpuasa boleh membantu meningkatkan fungsi otak kerana ia dapat meningkatkan daya tumpuan.

Berpuasa dapat menjadikan seseorang kekal segar dan lambat nyanyuk sebagai contoh ketika berpuasa sememangnya kita berasa lapar namun di dalam masa sama kita dapat mengalihkan fokus kepada perkara lain.

#5 Membantu meningkatkan kesihatan jantung

Perubahan gaya hidup ketika berpuasa selama sebulan ternyata memberikan kesan yang baik kepada jantung.

Ini kerana ketika berpuasa seseorang akan mengawal pemakanan mereka agar tidak makan berlebihan dan hanya memakan makanan yang sihat sahaja.

Malah kita juga akan mengurangkan risiko untuk makan terlalu kenyang agar ia dapat memudahkan pergerakkan ketika ingin melakukan ibadah seperti solat tarawih.

#6 Membantu mengawal paras gula dalam darah

Ini kerana, glukosa di dalam badan telah ditukarkan untuk menjadi sumber tenaga agar untuk membakar kalori.

Apabila glukos digunakan maka tiada sumber yang disimpan di dalam badan secara berlebihan.

Selain itu, ada juga tidak digalakkan untuk memakan makanan yang manis terlalu banyak ketika berbuka. Banyakkan minum air kosong agar kekal hidrasi.

#7 Bantu detoksifikasi tubuh badan

Ketika berpuasa kita cuba melakukan pelbagai perkara yang baik contohnya seperti beribadah, melakukan senaman dan banyak lagi.

Perkara ini secara tidak langsung membantu diri untuk mempunyai minda yang lebih cergas dan ceria malah hormon endorphin turut meningkat yang secara tidak langsung membantu anda untuk berasa gembira.

Selain itu berpuasa juga dapat meningkatkan imuniti badan namun kesemua manfaat ini mempunyai syarat yang tertentu untuk memilikinya seperti anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang betul dan seperti yang disarankan oleh pihak doktor.

Tidak makan secara berlebihan sebaliknya apa yang diperlukan oleh badan dan melakukan sedikit senaman seperti mengamal sebanyak 10,000 langkah berjalan kaki sehari.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.