fbpx
Now Reading
Netizen Guna Paracetamol Untuk Lembutkan Daging, Ini Kesan Bahaya Kepada Kesihatan

Netizen Guna Paracetamol Untuk Lembutkan Daging, Ini Kesan Bahaya Kepada Kesihatan

Tindakan memasukkan paracetamol untuk tujuan melembutkan masakan daging boleh membahayakan kesihatan tubuh badan untuk tempoh panjang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dengan adanya lauk daging, macam-macam jenis masakan boleh dibuat seperti daging masak lemak, kari daging, rendang daging dan sebagainya.

Ada juga sesetengah orang yang hanya suka makan, tetapi kurang gemar apabila perlu memasak sendiri menu daging tersebut.

Ini kerana lauk daging boleh jadi agak liat jika tidak dimasak dengan betul.


Ada Netizen Guna Paracetamol Untuk Lembutkan Daging

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@anggiiewijayanti), wanita ini menunjukkan caranya untuk melembutkan daging dalam masakan iaitu dengan meletakkan sebiji ubat paracetamol.

Selepas memasukkkan ubat tersebut, dia dilihat menggaul hidangan kari bagi meratakan paracetamol yang dimasukkan.

Video berkenaan telah mendapat tujuh juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@anggiiewijayanti

Membalas @Zie🇭🇰💀 gak nyangka yng kemarin fyp smpe 1.2jt penonton😂 ngakak bacain komentnya😭 kali ini masaknya pke bodrex🤭#masakrendang #fakesituation⚠️ #fyp #bodrex #cepatlunak

♬ suara asli – pay. – pay.

Kesan Bahaya Letak Paracetamol Untuk Lembutkan Daging

Selepas melihat video tindakan wanita meletakkan paracetamol di dalam hidangan daging, seorang pengguna TikTok (@aymanalts) menjelaskan tentang kesan bahaya jika menggunakan cara tersebut bagi melembutkan daging.

Menurut pengamal perubatan dikenali sebagai Ayman Alatas itu, tindakan berkenaan sebenarnya boleh membahayakan kesihatan kerana paracetamol boleh bertukar menjadi toksik apabila terkena haba masakan.

“Apabila masakan dipanaskan, maka akan berlaku proses-proses tertentu yang membuatkan paracetamol menghasilkan toksik atau bahan beracun,” jelas Ayman.

Di akhir video, lelaki ini menasihati orang ramai agar tidak menggunakan paracetamol lagi sebagai cara untuk melembutkan daging dalam masakan.

Ramai Netizen Bimbang Ada Yang Guna Paracetamol Dalam Masakan

Pendedahan tentang kesan tindakan berbahaya itu juga telah ‘membuka mata’ sesetengah netizen yang baru sahaja mengetahui kebenaran di sebalik cara tersebut.

Namun, ada juga yang sudah mengetahui tentang kesan buruk memasukkan ubat berkenaan ke dalam masakan dan peka dengan racun yang terbentuk dalam masakan.

Sumber: TikTok

Tips Untuk Lembutkan Daging Dalam Masakan

Sebenarnya, ada banyak lagi cara untuk melembutkan daging dalam masakan korang. Yang penting ia mudah dah selamat untuk kesihatan tubuh badan.

Antara tips yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

  • Potong daging secara melawan arah urat.
  • Rebus daging sambil menutup periuk dan tanpa meletakkan garam.
  • Rebus daging bersama kurma.
  • Rebus daging dengan nenas.
  • Rebus dengan soda bikarbonat.
  • Goreng daging tanpa minyak dan membiarkan air daging keluar dengan sendiri.

Semoga tips ini dapat membantu korang memasak daging dengan lebih empuk selepas ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masak Daging Wagyu Untuk Anak, Ramai Puji ‘Effort’ Nabila Huda Buat Bekal Anak Ke Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pak Mat Western Raih Pujian Tun M Gara-gara Sos Daging Yang Sedap!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.