fbpx
Now Reading
‘Peringatan Untuk Semua’ – Wanita Kongsi Detik Cemas, Dakwa Anak Makan Ubat Expired

‘Peringatan Untuk Semua’ – Wanita Kongsi Detik Cemas, Dakwa Anak Makan Ubat Expired

Menerusi perkongsian video di TikTok @msrs, dia menyedari perkara itu selepas anaknya mengadu mengalami sakit dada dan menjerit menyatakan satu badannya gatal selepas makan ubat tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan orang pasti ada tabiat menyimpan bekalan ubat seperti paracetamol, ubat selsema, sakit perut dan batuk sebagai langkah berjaga-jaga jika mengalami penyakit tersebut di kemudian hari.

Ini kerana ada segelintir individu lebih senang menyimpan stok ubat berbanding berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan terutama jika sakit yang dialami hanyalah sakit biasa seperti pening kepala atau demam.

Buat anda yang gemar menyimpan bekalan ubat, anda perlu berhati-hati kerana berkemungkinan ubat tersebut telah melepasi tarikh luput dan boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

Anak Tunjuk Respon Negatif Lepas Makan Ubat Yang Tamat Tempoh

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan apabila ibunya mendakwa dia menunjukkan respon negatif selepas mengambil ubat yang dipercayai telah tamat tempoh.

Menerusi perkongsian video di TikTok @msrs, segalanya bermula apabila dia menyuruh anak perempuannya mengambil paracetamol setelah kanak-kanak itu mengadu demam sebaik sahaja pulang dari sekolah.

Mengenali perangai anaknya yang susah untuk makan ubat, wanita itu memaksa anaknya mengambil ubat berkenaan hingga kanak-kanak tersebut berjaya memakan paracetamol itu.

Namun, setelah beberapa ketika, anaknya kemudian mengadu sakit dada dan menjerit menyatakan satu badannya gatal selepas makan ubat tersebut.

Wanita itu pada mulanya tidak menghiraukan anaknya kerana menyangka kanak-kanak berkenaan ‘overreact’. Namun, anaknya itu terus menjerit dan mengadu sakit mulut.

Anak Tidak Sedarkan Diri, Mulut Keluar Buih

Malah, keadaan anaknya dilihat menjadi semakin teruk seperti batuk hingga mengeluarkan buih, keseluruhan badan menjadi lembik serta tidak sedarkan diri.

Panik melihat anaknya yang berkelakuan seperti itu, wanita itu bergegas membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Nasib suami baru balik, terus dukung bawa ke hospital. Jiran kami MA (Pembantu Perubatan) pun banyak bantu kami malam tu sebab kebetulan dia baru habis kerja.

“Bila sampai hospital, tahap oksigen dia jatuh, tak dapat bayangkan kalau kami lambat ke hospital,” tulisnya menerusi video berkenaan.

Minta Maaf Pada Anak, Sempat Titipkan Nasihat Kepada Penonton

Menyesal kerana tidak mempercayai si anaknya, dia lantas meminta maaf kepada si kecil itu.

Malah, menerusi video berkenaan, dia sempat menitipkan pesanan kepada penonton agar sentiasa berhati-hati terutama dalam pemberian ubat kepada anak-anak serta buang sikap remeh dan tanggapan buruk kepada anak.

Dia juga turut berkongsikan info tarikh luput ubat-ubatan daripada National Health Service (NHS) sekadar untuk peringatan buat dirinya dan semua yang menonton video tersebut.

Foto: Tiktok msrs

Video yang telah mendapat lebih 800 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-ratanya bersimpati dengan apa dialami oleh wanita berkenaan.

Malah, ada segelintir yang rasa takut dan mengambil keputusan untuk membuang semua bekalan ubat yang telah lama disimpan.

Namun, ada segelintir daripada warganet juga menyarankan agar wanita berkenaan membawa anaknya pergi menjalani ujian alahan (allergic test) kerana simptom yang dialami oleh kanak-kanak perempuan itu lebih bersifat kepada alahan.

Kalau Setakat Expired Lepas Seminggu Ok Je, Tapi Anak Sis Sebenarnya Alergik Paracetamol

Baik Buat Ujian Alahan, Anak Saya Bertahun-Tahun Makan Paracetamol, Tiba-Tiba Tahun Ni Tak Boleh

Saya Selalu Cakap Dengan Pesakit, Ubat Sirap Kalau Dah Buka Penutup Boleh Simpan Tiga Bulan Sahaja

Saya Jenis Tiap Kali Anak Demam, Saya Beli Baru

Saya Jenis Kalau Beli Ubat, Saya Terus Buang, Minta Suami Belikan Yang Baru

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.