fbpx
Now Reading
Gelagat Kanak-Kanak Makan Ubat Siap Sorak Untuk Diri Sendiri Bikin Ramai Terhibur [Video]

Gelagat Kanak-Kanak Makan Ubat Siap Sorak Untuk Diri Sendiri Bikin Ramai Terhibur [Video]

Bukan hanya bersorak, kanak-kanak perempuan itu turut mengira untuk diri sendiri sebelum ibu saudaranya memasukkan ubat ke dalam mulutnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berdasarkan portal MyHealth, ubat merupakan satu bahan yang digunakan bagi mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit. Ia bukanlah satu bahan yang disukai oleh segelintir individu dewasa dan kebanyakan kanak-kanak.

Rasanya yang pahit dan tidak sedap menyebabkan golongan sebegini sukar untuk menelan bahan tersebut hingga kadang kala individu terdekat seperti ibu bapa terpaksa menggunakan cara lain bagi memastikan mereka betul-betul menelannya.

Namun, ada juga yang mempunyai cara tersendiri seperti memberi ganjaran atau kata-kata yang positif sebelum mengambil bahan tersebut.

Bagi Semangat Pada Diri Sendiri Sebelum Telan Ubat

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan yang sanggup bersorak dan memberikan kata semangat untuk diri sendiri sebelum makan ubat yang diberikan oleh ibu saudaranya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @arinaazahar, kelihatan dia sedang menunggu anak buahnya memberi sorakan sebelum menyuap ubat ke dalam mulut kanak-kanak itu.

“Berjaya! Berjaya! Berjaya! Kakak kuat! Kuat! Kuat juga!” kata kanak-kanak berkenaan kepada dirinya sendiri walaupun dia dilihat seolah-olah mahu menangis.

Malah, dia turut mengira untuk dirinya sendiri sebelum ibu saudaranya itu memasukkan ubat ke dalam mulutnya.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak itu dilihat mengambil masa yang agak lama sebelum makan ubat berkenaan.

Minum Air & Siap Lap Mulut Dengan Tisu

Apa yang menarik perhatian adalah walaupun kuantiti ubat yang ditelan tidak sampai separuh, namun dia dilihat dengan pantas minum air serta turut mengelap mulutnya dengan tisu beberapa kali.

Malah, kanak-kanak itu sekali lagi dilihat memberi galakan kepada dirinya bagi menghabiskan baki ubat tersebut.

“Berjaya! Berjaya! Jangan macam tadi, Kakak mesti berjaya!” katanya lagi.

Menerusi video yang telah mendapat tontonan lebih 2.8 juta itu, kelihatan ibu saudara kanak-kanak berkenaan terus menyuapkan baki ubat tersebut ke dalam mulutnya sehingga habis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat anak buah wanita itu. Malah, ada segelintir individu yang turut menyatakan sokongan kepada kanak-kanak tersebut kerana mereka juga turut menghadapi kesukaran yang sama untuk menelan ubat.

Yeay Berjaya! Uncle Suka Tengok Semangat Dia

Macam Aku Yang Dah 26 Tahun Ni Still Tak Pandai & Takut Makan Ubat

Tu Baru 1 Jenis Ubat, Kalau 4 Jenis Agak-Agak Berapa Lama Nak Habiskan Tu

Nampak Comel Sangat Tapikan Dia Ni Good Girl Sebab Harungi Benda Yang Dia Takut

Yeay! Pakcik Pun Berjaya Tengok Drama Adik Ni Banyak Kali

Baca Artikel Berkaitan: ‘Peringatan Untuk Semua’ – Wanita Kongsi Detik Cemas, Dakwa Anak Makan Ubat Expired

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Paracetemol Kekal Dalam Badan? Ahli Farmasi Ini Beri Pencerahan Bagaimana Ubat ‘Bekerja’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.