fbpx
Now Reading
(Video) ”Jangan Balas Dendam Atau Kami Serang Dengan Lebih Teruk,” Israel Bagi Amaran Kepada Kumpulan Jihad

(Video) ”Jangan Balas Dendam Atau Kami Serang Dengan Lebih Teruk,” Israel Bagi Amaran Kepada Kumpulan Jihad

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Negara haram Israel memberi amaran kepada pejuang-pejuang Palestin agar tidak melancarkan serangan balas dendam ke negara itu berhubung tindakan rejim tersebut meletupkan terowong dari Semenanjung Gaza sehingga ke wilayah Yahudu, bulan lalu.

Mejar Jeneral Yoav Mordechai yang bertanggungjawab memantau aktiviti di wilayah Palestin membuat kenyataan tersebut di dalam bahasa Arab yang diedarkan semalam.

30 Oktober lalu, Mordechai memberitahu bahawa rejim Zionis itu memusnahkan terowong di dalam wilayah yang merdeka hingga mengorbankan 12 pejuang, masing-masing 10 mangsa adalah pejuang Hamas dan dua lagi daripada kumpulan Jihad Islam.

“Kami sedar rancangan pergerakan Jihad Islam terhadap Israel. Mereka bermain dengan api yang mengorbankan penduduk Gaza, usaha damai Palestin dan kestabilan seluruh rantau dalam risiko.

“Saya mahu jelaskan: Sebarang serangan oleh Jihad Islam akan dibalas keras oleh Israel. Ia bukan sahaja kepada Jihad Islam tetapi juga kepada Hamas, yang mentadbir Semenanjung Gaza,” katanya.

Mordechai turut menyebut nama pemimpin Jihad Islam, Ramadan Shalah dan Ziad Nakhaleh yang berpangkalan di Damsyik agar kedua-duanya mengawal keadaan mereka akan dipertanggungjawab untuk serangan-serangan akan datang.

Namun amaran yang dikeluarkan oleh Mordechai dibantah oleh kumpulan Jihad Islam dengan mendakwa bahawa ”ancaman musuh terhada pemimpin pergerakkan” sebagai satu ”tindakan pengisytiharan perang”.

Perdana Menteri Israel turut berkongsi nada yang sama dengan Mordechai yang turut mengingatkan kumpulan itu tidak bertindak balas.

”Kami akan bertindak balas dengan kekuatan penuh ke atas sesiapa sahaja yang menyerang kami tak kira dari mana pun. Sama ada pecahan kumpulan penentang, organisasi atau sesiapa sahaja.

”Walau apa pun, Hamas bertanggungjawab atas serangan ke atas wilayah kami yang dilancarkan dari Gaza atau dirancang dari sana”, katanya lagi.

Israel turut mendakwa mereka masih menyimpan jasad lima pejuang terkorban yang diambil daripada terowong bertujuan untuk menggunakannya sebagai barang tawaran bagi mendapatkan semula dua mayat tentera rejim Israel yang dipercayai ada dalam kawalan Hamas.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.