Ratu Cantik Ghana Nak Berkenalan Dengan Lee Min Ho Guna Ratu Cantik Korea
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pertandingan ratu cantik dunia telah berakhir bulan lalu dengan menyaksikan Miss Afrika Selatan, Demi-Leigh Nel Peters meraih gelaran Ratu Cantik Dunia 2017.
Disebalik kemeriahan majlis itu, Ratu Cantik dari Ghana, Ruth Quarshie, meminta nombor telefon dan alamat pelakon kegilaan ramai, Lee Min Ho, melalui Ratu Cantik Korea, Cho Se Whee.
Menerusi sebuah posting di laman Instagram milik Se Whee, beliau menceritakan, bahawa sahabatnya itu berterus terang meminta nombor telefon pelakon sensasi kegilaan ramai, Lee Min Ho.
“Kesayanganku Ruth. Dia bertanya pada saya sebanyak 80 kali, nombor telefon dan alamat rumah Lee Min Ho.
“Oleh kerana dia (Lee Min Ho) sudah putus dengan teman wanitanya, ini adalah waktunya (Ruth) untuk memulakan langkah,” tulis Cho Se Whee pada kapsyen foto tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Diges
A post shared by 조 세휘 Sewhee Cho ? (@sehui1004) on
Cho Se Whee kemudiannya meminta tolong kepada para pengikutnya di laman Instagram sekiranya ada sesiapa yang tahu nombor dan alamat bekas kekasih Suzy Bae (Miss A) itu.
Sumber: Instagram @sehui1004 // Malaysian Digest