Saya Naik Ke Pentas Cari Fattah Tapi Dia Menghilang Secara Tiba-Tiba – Fahrin Ahmad
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad yang turut berada di lokasi MeleTOP semalam memberitahu beliau juga merasa hairan Fattah Amin hilang secara tiba-tiba. Fahrin dan Fattah diberitahu oleh pihak produksi untuk muncul pada segmen pembukaan MeleTOP tanpa adanya pengacara asal rancangan tersebut iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad sebelum pihak produksi menukar konsep pada saat akhir.
Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP berdua (bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil. Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpingga-pingga kemana dia menghilang secara tiba-tiba.
Kami sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu. Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya.
Sebelum ke set siaran langsung MeleTOP, Fahrin dan Fattah terlebih dahulu mempromosikan drama My Coffee Prince lakonan mereka dalam program Hlive! Sehingga saat ini, Fattah masih berdiam diri meskipun isu ini semakin hangat diperkatakan.