fbpx
Now Reading
“Saya Hanya Mampu Menadah Otaknya Dan Menjerit Minta Tolong”- Ibu Mangsa.

“Saya Hanya Mampu Menadah Otaknya Dan Menjerit Minta Tolong”- Ibu Mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah menyayat hati dan detik tragis dikongsikan oleh ibu mangsa, Kasthuribai Sattayappan, 45 tahun selepas anaknya, S. Sathirawan, 15 tahun meninggal dunia akibat kejadian hentakan kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Seri Pantai, Pantai Dalam di sini pada Isnin.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada hentakan kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat 21 tepat mengenai kepalanya.

“Sebaik berpusing sahaja, otak dia jatuh dalam tangan saya. Saya hanya mampu menjerit meminta tolong walaupun tiada siapa yang mahu tolong…”Ibu mangsa bercerita dengan nada sebak ketika ditemuramah.
“Ketika itulah otaknya terburai. Saya tadah dengan kedua belah tangan. Anak memandang muka saya tepat tapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya lalu saya menjerit meminta tolong.” tambahnya lagi.

Kasthuribai M. Sattayappan (kanan) ditenangkan anaknya S Logeswaran (tengah) susulan kejadian semalam yang meragut nyawa anaknya di PPR Seri Pantai, Pantai Dalam. Foto: BERNAMA

Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya baru pulang dari kedai runcit, tiba-tiba kerusi tersebut jatuh dari tingkat atas dan mengenai mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ruslan Khalid mengesahkan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai.

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.