fbpx
Now Reading
Remy Ishak Dihantui Bayangan Pontianak??

Remy Ishak Dihantui Bayangan Pontianak??

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Remy Ishak yang sedang menjalani pengambaran filem terbaharu The Legend Of Pontianak menyatakan yang beliau sering dihantui bayangan makhuk ghaib.

Melalui akaun Twitternya, Remy memberitahu sepanjang proses penggambaran filem itu, dia tidak berasa selesa apabila berdepan dengan situasi menakutkan.

Mungkin beliau terlalu menghayati watak filem tersebut sehingga terbawa-bawa ke dunia nyata.

Perkongsian Remy yang ketika ini mendapat ratusan Retweet mendapat respon yang memberangsangkan daripada netizen.

Ada yang memberikan nasihat untuk menghindari dari mahkluk itu dan ada juga yang menceritakan pengalaman mereka. Tak kurang juga ada yang memberikan respon negatif dan menganggap tindakan Remy hanyalah marketing semata-mata.

Filem The Legend Of Pontianak turut dibintangi oleh Nur Fazura, Namron, Tony Eusoff dan Shenty Feliziana itu sedang dalam proses penggambaran di Pasir Salak, Perak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.