fbpx
Now Reading
Kentut Punya Pasal…

Kentut Punya Pasal…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disebabkan  alasan yang sangat remeh, seorang juruterbang Transavia Airlines terpaksa membuat keputusan untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Dua penumpangnya dilaporkan bergaduh besar kerana salah seorangnya tidak berhenti kentut, ketika dalam penerbangan dari Dubai ke Amsterdam, lapor portal berita New Zealand, Newshub .

Penumpang terbabit, seorang warga emas, dikatakan terus berbuat demikian sekalipun selepas diminta berkali-kali agar berhenti oleh kru dan penumpang.

 

 Pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas di Vienna, yang menyaksikan empat orang penumpang diminta turun.

Salah seorang daripada penumpang terbabit memberitahu portal tersebut, dia tidak faham mengapa dia juga diarahkan keluar.

 

“Saya duduk di tempat duduk belakang dua penumpang yang bergaduh itu tetapi saya tidak terlibat.

“Tetapi apabila pesawat mendarat di Vienna, tak pasal-pasal saya menjadi mangsa keadaan,” kata wanita yang dikenali sebagai Nora Lachhab itu.

Nora juga memaklumkan, cara kru penerbangan mengendalikan situasi itu juga tidak profesional.

“Mereka melakukan provokasi dan mengeruhkan lagi keadaan,” cerita Lachhab.

Keempat-empat mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan penerbangan berkenaan selepas ini, dan syarikat penerbangan itu juga dilaporkan akan mengenakan caj kos yang terpaksa ditanggung akibat pendaratan kecemasan itu.

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.