Now Reading
Gajah Sesat Dalam Sekolah

Gajah Sesat Dalam Sekolah

[video src="https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/919467524897625/"]

Pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid di sini gempar apabila seekor gajah menyelinap masuk ke dewan makan asrama sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan berkata, kehadiran haiwan itu disedari pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.

Menurutnya, ketika kehadiran haiwan itu, kesemua pelajar dan kakitangan sekolah tidak berada di dewan makan itu.

“Saya telah menghubungi pengetua sekolah tersebut dan beliau memaklumkan kejadian itu berlaku pada pukul 1.45 pagi.

“Gajah itu kemudian keluar dengan sendirinya dari sekolah terbabit,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Tambah Shivananthan, insiden itu merupakan insiden serius kerana melibatkan keselamatan pelajar sekolah.

Video gajah sesat itu masuk di ruang dewan makan SMK Telupid tular di laman sosial sejak pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) telah diarahkan untuk melawat lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, terdapat beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki.

“Pihak sekolah dan PPD akan menyenaraikan kerosakan yang berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihak sekolah turut meminta bantuan pihak berkuasa dan Jabatan Hidupan Liar bagi memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan sekolah terjamin.

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.