fbpx

Fattzura Jemput Semua Hadir Majlis Persandingan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menunaikan janji mereka untuk menjemput 5,000 peminat bertuah untuk hadir meraikan majlis resepsi perkahwinan, Fattah Amin dan Fazura berkongsi gambar kad jemputan di Instagram menjemput peminat kesayangan mereka.

Kad perkahwinan berwarna biru dan putih itu baru dimuat naik di akaun Instagram pasangan tersebut. Tidak sampai 15 minit, hampir seribu komen membanjiri ruangan media sosial pasangan itu kerana terlalu teruja.

Rata-rata gembira dengan jemputan pasagan terbabit yang menjemput mereka untuk melihat dengan lebih dekat serta beramah mesra dengan pasangan itu. Ramai yang tidak sabar untuk hadir meraikan hari bahagia mereka.

Bukan senang selebriti popular menjemput peminat seramai itu untuk hadir ke majlis resepsi perkahwinan. Beruntung peminat Fattzura punya selebriti yang sayang dan hargai sokongan peminat. Agak-agak berapa lama kena beratur untuk bergambar dengan mereka ini?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.