fbpx

Roberto Carlos Diserang Netizen Kerana Berpelukan Dengan Tiz Zaqyah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara satu gambar memeluk aktres Tiz Zaqyah bekas pemain bola sepak Brazil iaitu Roberto Carlos menerima nasib kurang baik apabila diserang netizen.

Tiz yang memuat naik foto berkenaan pada Ahad mengundang kecaman netizen yang menganggap ia sebagai keterlaluan.

Bagaimanapun, pelakon Nur Kasih itu memadam ruangan komen yang membuatkan netizen beralih ke Instagram milik selebriti sukan itu yang menggunakan akaun @oficialrc3.

Menerusi status di Instastory, pelakon berkenaan memuat naik kata-kata tentang tahap dengki netizen yang sanggup menulis komen di Intasgram milik orang lain selepas ruangan komennya ditutup.

“Tak dapat komen gambar kita, dia pergi komen orang lain punya. Tahap dengki itu tinggi betul, so much effort,” tulisnya.

Rata-rata netizen melepaskan kemarahan dan rasa kurang senang di Instagram milik Roberto yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Mereka berpendapat, pelakon berkenaan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang selebriti beragama Islam.

Roberto berada di Kuala Lumpur sejak tiga hari lalu kerana pelantikannya sebagai duta global syarikat penerbangan Air Asia.

Dalam pada itu, foto yang dimuat naik pelakon itu kini menerima lebih 35,000 tanda suka.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.