fbpx
Now Reading
Trending Di Youtube, Bakat Nur Iman Dapat Perhatian

Trending Di Youtube, Bakat Nur Iman Dapat Perhatian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, tuah video trending di YouTube sejak minggu lalu membuka pintu rezeki buat adik Nurul Iman untuk menonjolkan bakat nyanyiannya.

Menerusi lagu hit Ziana Zain, Berpisah Jua, rakaman videonya busking di hadapan pusat beli-belah Sogo viral hingga dijemput untuk membuat persembahan di pentas akhir Ceria Megastar pada Jumaat lalu.

Video Nurul Iman busking itu telah dimuat naik pada 29 April lalu dan telah ditonton lebih 1.8 juta pengunjung di YouTube.

Malah, video itu juga menduduki carta trending nombor satu di platform itu.

 Nyanyian ikhlas seperti yang disifatkan netizen itu turut mendapat pujian dari penonton YouTube dari Indonesia.

“Wow! Trending 35 di Indonesia. Selamat!” puji salah seorang pengguna YouTube.

“Budak ini datang nyanyi kenduri kahwin aku dua hari lepas, memang sedap suara dia. Dia nyanyi dua lagu Ziana Zain sekali,” tulis pengguna yang dikenali sebagai Iwan Pitra.

Ketika diundang ke pentas akhir Ceria Megastar, Nurul Iman sekali lagi mempersembahkan lagu sama hingga mendapat pujian daripada Datuk Aznil Nawawi.

“Tak kisah di mana mula itu rezeki Tuhan, ini satu peluang. Ambil ia dan jadikan satu azam membesar sebesarnya,” pesan Aznil.

Ceria Megastar telah menobatkan peserta dari Papar, Sabah, Chubb-E sebagai juara dan telah memenangi wang RM20,000.

Apapun, jom layan kedua-dua video persembahan memukau Berpisah Jua dari Nurul Iman.

 

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.