fbpx
Now Reading
Harga rokok tidak turun walaupun GST sifar

Harga rokok tidak turun walaupun GST sifar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

KERAJAAN menetapkan supaya harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok dikekalkan walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun, kata Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan berpendirian dan menegaskan yang harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok tidak boleh diturunkan kerana ia merupakan produk membahayakan kesihatan.

“Sebarang penurunan harga jualan runcit akan dianggap sebagai suatu bentuk promosi secara tidak langsung serta bertentangan dengan Peraturan 5A, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004,” kata Kementerian Kewangan.

Pengekalan harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok itu juga adalah selaras dengan komitmen antarabangsa di bawah Artikel 6, Pertubuhan Kesihatan Sedunia-Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau yang telah mengiktiraf langkah percukaian dan mekanisma kawalan harga adalah berkesan dalam menurunkan permintaan terhadap hasil tembakau.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.