fbpx
Now Reading
Suka Berniaga Macam Mael Dalam Cerita Upin Ipin, Akhirnya Kanak-Kanak Ini Dapat Jumpa Mael!

Suka Berniaga Macam Mael Dalam Cerita Upin Ipin, Akhirnya Kanak-Kanak Ini Dapat Jumpa Mael!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BmZ9wsBD-Nl/?taken-by=lescopaque"]

Siapa sangka, kartun juga boleh memberikan inspirasi buat Ferris, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Kisahnya tular berniaga susu kotak di kawasan Kajang 2 selepas menonton animasi Upin & Ipin tular minggu lalu.

Selain berjaya menjual lebih 20 kotak susu, Ferris juga mendapat kejutan daripada Les’ Copaque Production yang singgah memberikan sokongan moral kepadanya.

“Kisah anak saya jual air kotak pada minggu lepas telah viral dan sampai ke pengetahuan pihak Upin dan Ipin.

“Semalam mereka telah lakukan surprise visit utk beri sokongan moral. Terima kasih guys! Don’t stop believing!” tulis bapa kanak-kanak itu, Syed Akramin di Twitter.

Bukan sekadar memberikan kejutan, Les’ Copaque turut menemukan Ferris dengan maskot karakter Mail daripada siri animasi popular itu.

Tweet yang viral itu mendapat perhatian netizen yang turut teruja untuk memberikan sokongan buat Ferris.

“Suka tengok dulu meja bulat kecil sekarang meja dah besar siap ada sign,” tulis @afiqolah.

“Bagus adik ni…kecil-kecil dah pandai berniaga. Mengimbau kenangan silam saya dulu-dulu. Ikut kakak berniaga karipap di sekitar rumah flat,” tambah @kalbu_manikam.

Sumber : Gempak.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.