fbpx
Now Reading
“Takut Nanti Surat Lawyer Sampai Depan Rumah” – Syamsul Yusuf

“Takut Nanti Surat Lawyer Sampai Depan Rumah” – Syamsul Yusuf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/Bn5aXVjgPdr/?taken-by=syamsulyusoffilm"]

Filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof telah berjaya memecah rekod apabila menjadi filem melayu pertama mengumpul kutipan filem sebanyak 40 juta hanya dalam masa 17 hari. Tahniah diucapkan buat beliau.

Namun disebalik kejayaan yang dikecapi, filem munafik juga tidak terlepas dari menjadi mangsa jenayah siber apabila ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik filem tersebut di media sosial. Ini respon Syamsul mengenai isu berkenaan menerusi instagram miliknya.

Menerusi posting yang mendapat 13k tanda suka tersebut, beliau memberi amaran kepada mereka yang memuat naik filem tersebut di mana-mana laman sosial.

Hati2 kalau nak upload/share filem MUNAFIK 2 yg masih lagi tayang dipawagam.Takut nanti surat lawyer sampai depan rumah. Bukan susah nak trace IP address org yg upload tu.Siap boleh dapat ic no sekali dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)
.
Kadang2 lepas bagi amaran, mereka trus block sy tapi mereka tak tahu team sy lagi 20 org boleh tengok FB/YouTube channel mereka.
.
Ada yg masih tak faham apa yg mereka buat ni sebenarnya salah besar disisi undang2 Malaysia.

Beliau juga memohon agar si pelaku padam video yang telah dimuat naik jika tidak mahu IP address dikunci.

Sila padam video MUNAFIK 2 sebelum IP address anda dikunci. Dengan ini amaran telah diberikan pada anda bertarikh 19 September 2018. Amaran ini akan diguna pakai dimahkamah persekutuan sebagai bukti kukuh jika gagal dipatuhi.


Dakwaan bawah akta hak cipta 1987 Denda 20 Ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
.
Video yg melebihi 15 saat telah melanggar Copyright Infringement Law. Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan kes keatas anda. Harap maklum.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.