fbpx
Now Reading
Janna Nick Buat Servis Ucapan Berbayar, Sharifah Sakinah Perli

Janna Nick Buat Servis Ucapan Berbayar, Sharifah Sakinah Perli

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Janna Nick sekali lagi mengundang kontroversi apabila dia dikatakan kononnya mengenakan bayaran kepada pengikut Instagram yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya memberi ucapan.

Walaupun perkhidmatan yang ditawarkan Janna atau Nurul Jannah Muner itu dilihat menerima sambutan baik, namun ada segelintir pihak yang mempersoalkan kewajarannya.

“Kelakar juga Janna Nick ambil upah RM50 untuk buat ucapan hari lahir. Lebih baik wang itu aku beli kek atau belanja makan orang itu daripada minta dia bagi ucapan.

“Tapi ap anak buat… kalau tiada permintaan, tiadalah bekalan,” tulis @ZafiqahZ di Twitter.

 

Servis ucapan yang disediakan Janna Nick

Hasil semakan Janna mula aktif melakukan ucapan berbayar itu sejak Rabu malam.

Sejak perkembangan media media sosial khususnya Instagram, golongan artis dan selebriti media sosial dilihat aktif melakukan rebiu berbayar pada kadar harga tertentu mengikut populariti berdasarkan jumlah pengikut.

Selain ucapan hari lahir atau pesanan tertentu, Janna juga sedia membantu pengikutnya mecari pasangan apabila dia turut menulis nama akaun (mention) Instagram individu berkenaan.

“Siapa yang nak promote diri masing-masing dan mencari jodoh, saya juga akan shout out di Instagram story,” tulis Janna di Instagram.

Sharifah Sakinah di Instagramnya pula seakan memerli Janna Nick dengan memuat naik satu video mengucapkan selamatkan hari jadi kepada pelakon Nur Fazura sambil menerima duit RM50.

https://twitter.com/rotikaya/status/1045504566395953152

Sumber : mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.