fbpx
Now Reading
JARI DIBEDAH GARA-GARA SKRIN PROTECTOR RETAK

JARI DIBEDAH GARA-GARA SKRIN PROTECTOR RETAK

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Screen protector retak atau pecah? Alah, sikit hal je,boleh pakai lagi! Nak tuka kena pakai duit lagi! Haa kalau anda salah seorang yang berperangai macamtu. Jadikan kisah kat bawah ni sebagai pengajaran.

Baru-baru ini telah tular di facebook mengenai insiden seorang pemuda yang terpaksa menjalani pembedahan kecil pada jarinya . Nak tau kenapa? 

Hanya kerana screen protector yang retak

Pemuda ini, Azuan Iqbal, merupakan seorang gamer tegar. Difahaman telefon bimbit Azuan mengalami keretakan pada screen protectornya. Namun memandangkan yang segalanya masih ok malahan phone masih berfungsi dengan sempurna ,dia hanya membiarkan dan terus menggunakannya seperti biasa.

Lumrah bagi seorang mobile gamer, telefon bimbit mesti sentiasa di tangan kan ? Begitu juga dengan pemuda ini.  Namun sentuhan demi sentuhan yang dilakukan pada ibu jari ke telefonnya mungkin telah menyebabkan serpihan kaca retak dari screen protector terbabit termasuk ke dalam jarinya tanpa dia sedari.

Lama kelamaan ibu jari tersebut semakin membengkak dan semakin sakit sehinggakan  ubat penahan sakit dan antibiotik juga tidak mampu menghilangkan kesakitan.

Doktor di klinik kemudiannya telah menggunakan jarum untuk memeriksa sekiranya ada kesan nanah didalamnya. Kesan dari cucukan jarum tersebut bagaimana pun telah bertukar menjadi nanah manakala ibu jarinya semakin besar membengkak. Azuan akhir nya di rujuk ke hospital dan dia terpaksa menjalani pembedahan kecil bagi membuang bahagian daging yang terkena jangkitan

Perkongsian dari Gadis tudung litup itu diharap dapat dijadikan pengajaran kepada semua pengguna. Tak kira lah gamer atau tidak yang penting , kalau  screen protector anda retak , segera lah tukar ya! Tak sampai RM 20 pun kan ?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.